Rangkuman 22/10/2014 ~ 30/10/2014

Alhamdulillah… walaupun sessi persekolahan bagi tahun 2014 menuju ke penghujungnya. Namun, beberapa program telah diatur rapi untuk semua pelajar memastikan waktu persekolahan mereka dimanfaatkan sebaik mungkin dalam bidang akademik, kerohanian dan softskill. Selain itu , persediaan peperiksaan akhir tahun juga sedang giat diatur.

Kursus Pengurusan Jenazah 26 (20102014)

Sebahagian pelajar masih terlibat dengan Peperiksaan Tahriri dan Syafawi al-Quran. Bagi pelajar lepasan PT3 mereka banyak terlibat dengan program-program yang mengasah kemahiran mereka selain dari keperluan akademik dan hafazan mereka yang tidak dilupakan. Mereka telah terlibat dengan KURSUS PENGURUSAN JENAZAH, PROGRAM MEMASAK BUBUR ASYURA, GOTONG ROYONG PERDANA. Mereka juga akan terlibat dengan beberapa program mendatang seperti KURSUS PENYEMBELIHAN AYAM, KURSUS KEWARTAWANAN dan KURSUS KERJAYA. Semoga semua perancangan yang diatur dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

DSCN0616 IMG_20141029_134631 IMG_20141029_130818

Bagi pelajar SPM pula, mereka terlibat dengan program SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASIN pada setiap pagi. Selain itu, kursus-kursus persediaan SPM dan masa hadapan juga telah diatur termasuk KURSUS MOTIVASI, KELAS INTENSIF SPM dan juga CERAMAH KERJAYA untuk membantu mereka menilai halatuju mereka selepas ini.

Program-program lain yang telah dianjurkan sepanjang minggu lalu adalah seperti PERTANDINGAN AKHIR ANUGERAH JUARA NASYID & JAMUAN ASRAMA, JAMUAN AKHIR TAHUN MTT 2014 dan JAMUAN KEPIMPINAN QUDWAH & PERMATA

Selain itu, Pihak MTT juga telah mengadakan TEMUDUGA PENGAMBILAN PELAJAR 2015 yang pertama pada 25 Oktober 2014 yang lalu yang menyaksikan sambutan baik dari ibu bapa dan pelajar yang berminat untuk mendaftar masuk ke MTT bagi sessi akan datang. InsyaAllah… Semoga diberi kemudahan kepada semua yang cintakan ilmu dan pengajian Al-Quran.

Kursus Pengurusan Jenazah

Alhamdulillah… walaupun telah selesai menjalani Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), beberapa program telah diatur untuk pelajar-pelajar Tingkatan 3. Salah satu program yang dianjurkan adalah Kursus Pengurusan Jenazah yang berlangsung pada 20 Oktober 2014 (Isnin).

Kursus Pengurusan Jenazah 26 (20102014)

Kursus telah dibahagikan kepada kumpulan Muslimin dan Muslimat. Mereka telah diberi tunjuk ajar dan demonstrasi oleh Encik Salleh atau lebih mesra dengan panggilan Pok Leh bagi kumpulan pelajar muslimin. Ustazah Nur Asyikin pula telah diberi tanggungjawab untuk mendidik kumpulan pelajar muslimat.

InsyaAllah, moga dengan program-program sebegini mampu memberi ilmu yang berguna kepada anak-anak pelajar untuk menjadi muslim yang bertaqwa dan mampu menyumbang kepada komuniti setempat dan agama khasnya.

GAMBAR PROGRAM

Pena Kreatif MTT

Penderitaan di Palestin
Karya : Aitar (2 Imam Nafi’)

DI SAAT MATAKU TERPEJAM
KEDENGARAN LETUPAN BOM
MENGHUJANI PALESTIN
TANGISAN ANAK-ANAK KECIL
SILIH BERGANTI
MENCARI IBU YANG HILANG
TANPA BERITA
TITISAN-TITISAN DARAH YANG MENGALIR
DARI TUBUHMU MENGGAMBARKAN
PENDERITAAN YANG ENGKAU RASA.

download

SENYUMANMU YANG INDAH
KINI PUDAR BERSAMA TANGISAN
LAUNGAN TAKBIR ‘ALLAHU AKBAR’
MEMECAH KESUNYIAN
DITINDASI, DITEMBAK, DISEKSA
SUDAH BIASA KEDENGARAN
DIRIMU IBARAT PERMATA
YANG SUKAR DICARI
TIDAK PERNAH ENGKAU
MEMINTA MENJADI BEGINI
NAMUN ENGKAU SELALU
YAKIN AKAN JANJI-NYA.

download (1)

ENGKAU BERMIMPIKAN KEADAAN
YANG TENTERAM
NAMUN HURU-HARA
YANG MENEMANKAN
KINI HANYA MIMPI
YANG MAMPU DIHARAPKAN
DOA DAN HARAPAN
MENJADI PENEMAN
AGAR ESOK PALESTIN
AMAN BUAT SELAMA-LAMANYA

By mttdaruliman Posted in Uncategorized

Solat Hajat Sempena Musim Peperiksaan 2014

Exam MTT 2014

Syukur Alhamdulillah, Program Solat Hajat di Masjid Jamek Tok Jiring sempena Peperiksaan PT3, SPM, STAM dan Peperiksaan Akhir Tahun 2014 yang akan berlangsung. Program ringkas tersebut telah diadakan pada 9 Oktober 2014 bermula seawal jam 7.00 Malam. Program dimulakan dengan solat Maghrib diikuti Bacaan Yaasin, Solat Hajat, Ucapan Wakil JIBG (Sheikh Azahari) dan Wakil MTT iaitu Ustaz Shaiful Ambia selaku Timbalan Mudir yang mewakili Ustaz Haji Muzaihar Kamal yang tidak berkesempatan untuk turut sama dalam program tersebut.

InsyaAllah, moga pelajar-pelajar diberi ketenangan dan dimudahkan urusan dalam menjawab Peperiksaan ini. Amin..

 

Bacaan Yaasin selepas solat hajat dan maghrib

Bacaan Yaasin selepas solat hajat dan maghrib

Antara warga muslimat yang hadr.

Antara warga muslimat yang hadr.

Timbalan Mudir Menyampaikan Amanat Mewakili Ustaz Haji Muzaihar Kamal yang baru pulang dari program di Kemboja

Timbalan Mudir Menyampaikan Amanat Mewakili Ustaz Haji Muzaihar Kamal yang baru pulang dari program di Kemboja

Ucapan Wakil JIBG Sheikh Azahari

Ucapan Wakil JIBG Sheikh Azahari

Idul Ilmi MTT 2014 [Bah 4] – MELEBARKAN SAYAP….

sisbakti

 

Alhamdulillah, Syukur kehadrat Allah swt dengan limpah dan kurnia serta inayahNya, pelajar-pelajar ini diberi peluang untuk melanjutkan ke peringkat yang lebih tinggi didalam dan luar negara. Moga mereka terus tabah dan berjaya menempuh halangan yang berliku dihadapan mereka. Harapan kami di MTT untuk mereka berjaya dan kembali menabur bakti bersama kami di Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman. Amin…InsyaAllah….

SENARAI LEPASAN PELAJAR MTT YANG MELANJUTKAN PELAJARAN KE LUAR NEGARA

STAM & SPM 2012

  • Thalhah Ubaidillah bin Ab. Rahim (Universiti Mu’tah, Jordan)
  • Ahmad Hamdani bin Mukhtar (Universiti Mu’tah, Jordan)
  • Muhammad Aslam bin Abd Mutalib (Universiti Yarmouk, Jordan)
  • Mohammad Badrul bin Othman (Universiti Iman, Yaman)
  • Ahmad Rabbani bin Abdul Rahim (Universiti Iman, Yaman)
  • Muhammad Ikhmal bin Abdul Manaf (Universiti Iman, Yaman)
  • Ahmad Naim bin Abdul Movin (Universiti Iman, Yaman)
  • Abdul Hakim bin Samiun (Universiti Iman, Yaman)

STAM & SPM 2013

  • Siti Nur Amirah binti Musa (Universiti Al-Bait, Jordan)
  • Nur Farah Wahida binti Amran (Universiti Cadi Ayyad, Morocco)
  • Halimatul Saadiah binti Abdullah (Universiti Darul Zahra, Tarim, Yaman)

SENARAI LEPASAN PELAJAR MTT YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN KE PUSAT PENGAJIAN TINGGI

SPM 2012

  • Muhammad Syafiq bin Mat Zin (KIPSAS, Pahang)
  • Amirul Aiman bin Yusof (KUIM, Melaka)
  • Muhammad Syarifuddin bin Mohd Nasir (KUIM, Melaka)
  • Ahmad Rifai’e bin Mohammad (TATI, Kemaman)
  • Abdul Halim bin Mat Yani (INSPI, Kemaman)
  • Muhammad Ridhuan bin Rahmat (INSPI, Kemaman)
  • Hisyamuddin bin Zakaria (INSPI, Kemaman)
  • Muhammad Aiman bin Muhammad Asri (INFORANA, Kuala Terengganu)
  • Muhammad Nafis bin Shaikh Azahari (KKTM, Kemaman)
  • Nurul Nazurah bt Mohd Fadli (USIM, Nilai)
  • Tengku Nur Nadiah Liyana bt Tengku Hasim (UniSZA, Kuala Terengganu)
  • Nailah binti Abdul Aziz (KUIS, Selangor)
  • Siti Sakinah bt Zakaria (UNISEL, Selangor)

SPM 2013

  • Muhammad Isyraf bin Wahab (Kolej Matrikulasi Pahang)
  • Siti Solehah binti Shaikh Azahari (UiTM Arau, Perlis)
  • Ahmad Nazirul Ariff bin Mazlan (UiTM Dungun, Terengganu)
  • Muhammad Ashraf Alauddin bin Embong (TATI)
  • Siti Farhah binti Shaikh Mohd Firdaus (Kolej Sime Darby)
  • Nor Akma binti Ismail (KIAS, Kelantan)
  • Siti Hajar binti Abu Hassan (KUIS, Selangor)
  • Meor Muhammad Syahir bin Abdul Latif (KUIS, Selangor)
  • Ayub Asnawi bin Kamaruddin (INSPI, Kemaman)
  • Muhammad Nasrullah bin Mohd Noor (INSPI, Kemaman)
  • Ahmad Najmuddin bin Razali (INSPI, Kemaman)
  • Hanan binti Rosli (INSPI, Kemaman)
  • Nurul Izyani binti Rahmat (KUIM, Melaka)
  • Nazif Al-Qudsi bin Nawi (Politeknik Pahang)
  • Aida Nadhirah binti Zainal (PTPL)

Idul Ilmi MTT 2014 [Bah 3] – PENERIMA ANUGERAH PERCUBAAN PT3 & SPM 2014

IMG_2768

Berikut dilampirkan senarai penerima Anugerah bagi Peperiksaan Percubaan PT3, SPM dan STAM bagi tahun 2014 yang telah berlangsung sebelum cuti persekolahan baru-baru ini. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar, Moga dapat meneruskan kejayaan didalam peperiksaan sebenar kelak. InsyaAllah…

A) PERCUBAAN PT3 2014

  • Muhammad Aiman bin Mohd Zulkifli
  • Nor Intan Baizura bt Zulkifli
  • Nurul Aisyah binti Mohamad Fadzli
  • Abdurrahman bin Abdul Hadi
  • Khalid Jauhar bin Bani Amin

B) PERCUBAAN SPM 2014

  1. TAHFIZ SAINS
    • Abdurrahman Hafiz bin Zulkepli
    • Nurul Aida Najihah bt Che Alwi
    • Ahmad Thaqaufi bin Awang
    • Abdullah Mubarak bin Fauzi
    • Wan Ahmad Muaz Nurruddin bin Wan Muliyadi
  2. TAHFIZ AKADEMIK
    • Nurusy Syuhada binti Ibrahim
    • Alyaa Adibah binti Zaid
    • Aisyah binti Abdul Rahman
    • Nurul Fakhirah binti Nasruddin
    • Nursaibah binti Nordin

C) PERCUBAAN STAM

  • Hasanah binti Sim
  • Siti Nur Amirah binti Musa
  • Ahmad Furqan Ariffin
  • Siti Khadijah binti Anuar
  • Ahmad Naim bin Abu Bakar.

Idul Ilmi MTT 2014 [Bah 2] – Anugerah Kecemerlangan Akademik

KLIK UNTUK PENERIMA ANUGERAH KECEMERLANGAN TAHFIZ

SPM2013

SPM2013

Seperti yang dimaklumkan dalam entri terdahulu, disini dilampirkan senarai PENERIMA ANUGERAH CEMERLANG 2013 iaitu :

A) PMR (ANUGERAH KECEMERLANGAN IMAM KISAIE’)

  • Haziq bin Harunarshid

B) SPM

  • Aliran Tahfiz Sains : Muhammad Isyraf bin Wahaf (8A 1B 2C – 4 Juzu’)
  • Aliran Tahfiz Pengajian Islam : Nur Farah Wahida binti Amran (7A 1B 1C – 30 Juzu’)

SENARAI PENERIMA ANUGERAH.

A) PEPERIKSAAN PMR 2013

  • Abdullah Fahmi bin Alias (8A 1B – 6 Juzu’)
  • Abdul Rahman bin Ahmad Tirmizi (8A 1B – 4 Juzu’)
  • Muhammad Luqman Hakim bin Sulaiman (7A 1B 1C – 3 Juzu’)
  • Muhammad ‘Asimuddin bin Analis (5A 4B – 6 Juzu’)
  • Ahmad Solihin bin Zuhairi (5A 2B 2C – 3 Juzu’)

B) PEPERIKSAAN SPM 2013

  • Siti Farhah binti Shaikh Mohd Firdaus (7A 1B 1C – 6 Juzu’)
  • Siti Nur Amirah binti Musa (7A 1B 1D – 3 Juzuk’)
  • Halimatul Saadiah binti Abdullah (6A 3B – 10 Juzu’)
  • Ayub Asnawi bin Kamaruddin (5A 3B 1D – 3 Juzu’)
  • Siti Khadijah binti Anuar (5A 2B 1C 1D – 22 Juzu’)

KLIK :  ANALISIS RINGKAS SPM 2013

KLIK : SPM 2012 vs SPM 2013

Dalam entri berikutnya, kami akan membawakan SENARAI PENERIMA ANUGERAH PERCUBAAN PT3 DAN SPM 2014, manakala Idul Ilmi MTT 2014 [Bah 4], kami akan membawakan nama-nama lepasan MTT yang melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Nantikan….