Pendidikan Islam yang menyeluruh (Syumul) mestilah ditanam dalam setiap sanubari pelajar Islam.Walaupun usaha sebegini telah dilakukan oleh pusat – pusat pengajian awam dan swasta, namun sehingga hari ini belum mendatangkan kesan yang baik kerana pengaruh pendidikan barat yang meluas.
Menyedari hakikat ini, Institut BerakanĀ (IB) yang ditubuhkan pada tahun 1977 dan kini menggunkan nama Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) dibangunkan ditengah – tengah masyarakat bagi memenuhi cita – cita pendidkan Islam yang syumul.
semenjak 30 tahun berkhidmat, ribuan lepasan IB/MTT telah berjaya melanjutkan pelajaran ke pusat -pusat pengajian tinggi dalam dan luar negara dalam pelbagai bidang serta melahirkan mereka yang berakhlak mulia dan berkerjaya.
