Corat-Coret Hari Guru MTT 2013

Syukur kehadrat Illahi, pada 16 Mei 2013 yang lalu, pihak sekolah dengan kerjasama semua kakitangan dan pelajar telah menjayakan satu program sambutan Hari Guru peringkat Maahad Tahfiz Waltarbiyyah Darul Iman bertemakan Guru Inspirasi, Mencorak Generasi.

Tema yang dipilih bersesuaian dengan jasa dan inspirasi guru-guru terdahulu dalam mentarbiyah generasi pada hari ini. Manakala, generasi guru yang baru pula terus menabur bakti dalam melahirkan cendekiawan dimasa depan.

Agenda dimulakan dengan acara sukaneka guru muslimin dan muslimat bermula jam 8 hingga 10 pagi. Majlis yang diserikan dengan kehadiran Ustaz Hishamuddin Abdul Karim sebagai perasmi majlis dimulakan dengan sembah silat dari pelajar MTT. Sejurus kemudian, hadirin didengarkan dengan alunan ayat suci al-Quran dari Adik Muiz Rafiq bin Mohd Nor

Majlis diteruskan dengan ucapan dari Ustaz Muzaihar Kamal selaku Mudir MTT, diikuti oleh Ustaz Haji Abu Bakar bin Abdullah (Pengerusi YAKEP)

Majlis berehat seketika dengan persembahan nasyid daripada Juara AJN2013. Ustaz Hishamuddin dijemput menyampaikan sepatah dua kata sebelum gimik perasmian majlis. Menambah seri majlis perasmian, ia turut dihadiri Ustaz Khairuddin selaku ahli parlimen Kuala Nerus yang mengadakan kunjungan ke setiap sekolah disekitar kawasan. Majlis rasmi diakhiri dengan gimik pemotongan kek oleh tetamu kenamaan.

Acara berterusan dengan sessi persembahan pelajar, guru dan diselangi dengan cabutan bertuah serta ucapan dari pelajar dan SISBAKTI

Acara majlis boleh diikuti di YOUTUBE [Klik Disini]  atau video dibawah.
Gambar-gambar dan gelagat guru dan pelajar ketika majlis juga telah dimuat naik dilaman Facebook Sekolah iaitu :