RIngkasan Minggu Penghayatan Maulidurrasul 1434H.

Assalamualaikum….

Alhamdulillah,.. sepanjang dua minggu yang lalu (27/01/2013 – 08/02/2013), Maahad Tahfiz Waltarbiyyah (MTT) Darul Iman berjaya menganjurkan Minggu Penghayatan Maulidurrasul 1434H. Pelbagai program telah dirancang dan dibuat sepanjang tempoh tersebut.  Antaranya :

1. Ceramah Maulidurrasul 1434H bersama Ustaz Mohd Nor Hamzah.

Ceramah dan tazkirah yang disampaikan oleh penceramah jemputan berjaya menarik perhatian dan minat para pelajar diMTT untuk menghayati dan menyanjungi perjuangan Nabi Muhammad S.A.W dan bersemangat untuk terus menyambung perjuangan baginda dalam menegakkan dakwah islam. Video ceramah tersebut boleh diikuti di link berikut :

Bahagian 1 : http://youtu.be/EXhFrHnYAsc
Bahagian 2 : http://youtu.be/H7E8FNjliy0
Bahagian 3 : http://youtu.be/DcobwHWhprg
Bahagian 4 : http://youtu.be/DG4fRllXy-w

2. Pengajian kitab Asy Syamail Muhammadiyah oleh mudir MTT, Ustaz Muzaihar Kamal selama 4 hari bermula Ahad-Rabu.

3. Pertandingan Pidato Piala Khatib untuk semua pelajar menengah bawah dan atas berlangsung dengan meriah. Ramai peserta berani mencuba nasib walaupun baru kali pertama menyertainya. Pertandingan yang bertemakan Maulidurrasul ini berjaya mencungkil bakat terpendam dikalangan pelajar di MTT. Gelagat peserta boleh diikuti di link berikut :

VIDEO –

Bahagian 1 : http://youtu.be/EXhFrHnYAsc
Bahagian 2 : http://youtu.be/H7E8FNjliy0
Bahagian 3 : http://youtu.be/DcobwHWhprg
Bahagian 4 : http://youtu.be/DG4fRllXy-w

GAMBAR –

Peringkat Saringan : https://www.facebook.com/media/set/?set=a.244314339037667.59384.163938120408623&type=3

Peringkat Akhir :

4. Selain itu, turut diselitkan persembahan Qasidah dari Ustaz Nafizul dan pelajar asrama MTT sebagai penyeri acara-acara yang dijalankan. Qasidah tersebut boleh diikuti di :

5. Tidak dilupakan, tazkirah Ustaz Abu Bakar Chik bersama kakitangan di MTT mengenai Maulidurrasul dan perjuangan umat zaman ini yang diadakan di Masjid MTT.

Bahagian 1 : http://youtu.be/vhUWRghZuhk
Bahagian 2 : http://youtu.be/A2-qrnto064
Bahagian 3 : http://youtu.be/tpd5Ro-bL4A

Akhir kata, Pihak MTT akan terus berusaha meningkatkan prestasi dan memperbanyakkan aktiviti bersama pelajar bagi mencungkil bakat dikalangan pelajar diusia remaja. Didikan pada peringkat awal amat penting untuk kemajuan diri pelajar tersebut.