Kembara Ilmu Fisabilillah MTT

179792_594323260600030_747591372_n

Syukur kehadrat Ilahi, program lawatan sambil belajar Fisabilillah MTT pada 21 dan 22 Jun 2013 yang lalu berjaya dilaksanakan.

Ahli rombongan sejumlah 40 orang terdiri daripada 10 orang guru pengiring yang terdiri dari kakitangan Fisabilillah MTT dan juga guru dan kakitangan sekolah. Mereka juga turut dibantu dengan 2 orang ahli Qudwah Muslimin dan 2 dari Muslimat. Manakala, selebihnya terdiri dari 15 orang pelajar Muslimin dan 10 orang pelajar muslimat.

Program yang dibuat sebagai menghargai jasa para pelajar yang banyak membantu Fisabilillah dalam mengumpul dana dan aktiviti bersama Fisabilillah.

Program yang tertumpu ke Selangor dan Kuala Lumpur bermula di Masjid I’tisam dengan pengisian beberapa program seawal 9.30 pagi seperti tazkirah jumaat, jualan gerai Pustaka Damai. Selepas menjamu selera, program diteruskan dengan kunjungan ke Kompleks Taman Seni Islam, Selangor.

Sessi malam diisi dengan aktiviti meronda sekitar Bandar I-City di Shah Alam, Selangor. Lawatan juga sempat mengunjungi Pesta Flora Putrajaya yang memaparkan keindahan landskap flora. Sebelum rombongan bergerak pulang, mereka sempat ke MidValley untuk membeli cenderahati bagi rakan-rakan di MTT. Selepas selesai solat dan makan tengahari, rombongan bertolak pulang ke MTT dan tiba lebih kurang jam 12.15 tengah malam.

Gambar-gambar sekitar program Kembara Ilmu Fisabilillah MTT boleh diikuti di :

1. PROGRAM DI MASJID I’ITISAM

2. KOMPLEKS SENI ISLAM SELANGOR (YAYASAN RESTU)

3. KEMBARA ILMU BANDAR I-CITY SHAH ALAM

4. LAWATAN KE MASJID TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN, PUTRAJAYA

5. PESTA FLORA PUTRAJAYA