Kunjungan Madrasah Tarbiah Islamiah ke MTT

Jutaan terima kasih diucapkan kepada warga Madrasah Tarbiah Islamiah, Kg Chatin, Mentakab yang telah melakukan lawatan penanda aras ke MTT pada 22 Jun yang lalu. Mereka telah memilih MTT sebagai salah satu lokasi lawatan mereka selain mengunjungi Taman Tamadun Islam dan juga beberapa lokasi menarik di negeri Terengganu.

Kunjungan yang terdiri daripada 8 orang guru pengiring dan 36 orang pelajar disambut mesra seawal jam 8.30 pagi di perkarangan sekolah MTT. Program bermula sekitar jam 9.00 pagi dengan ucapan aluan dan penerangan panjang lebar mengenai sejarah MTT dan juga sistem pembelajaran di MTT oleh mudir Ustaz Muzaihar Kamal bin Mustapha Kamal. Agenda diteruskan dengan pengenalan Madrasah Tarbiah Islamiah oleh wakil mereka, Ustaz Akashah.

Sessi diteruskan dengan sessi soal jawab dari guru pengiring Madrasah Tarbiah Islamiah iaitu Ustaz Zul dan juga Shuzailal bin Hamzah atau Cikgu Jalal mengenai prinsip pemakanan dan juga cadangan untuk terus mengukuhkan ikatan antara kedua-dua institusi pengajian tersebut. Tidak ketinggalan, bacaan ayat suci Al-Quran dari wakil Madrasah Tarbiah sebelum menutup sessi pengenalan ringkas kedua-dua pihak

Sebelum berangkat pulang, ahli rombongan dijamu sarapan pagi oleh pihak MTT. Mereka juga berpeluang melawat sekitar kawasan MTT termasuk Masjid Tahfiz MTT. Sessi bergambar kenangan menutup aktiviti lawatan mereka. Moga ikatan persaudaraan berkekalan. InsyaAllah.

DSCN0842

Ustaz Zul (Baju Putih) dan En. Jalal mendengar taklimat dari Ustaz Muzaihar Kamal

DSCN0836

Penerangan panjang lebar mengenai sejarah dan sistem pendidikan di MTT oleh Mudir MTT, Ustaz Muzaihar Kamal.

DSCN0856

Alunan ayat suci Al-Quran dari pelajar Madrasah Tarbiah Islamiah Kg Chatin.

DSCN0867

Soalan En Jalal mengenai konsep pemakanan para Huffaz dan kerjasama dimasa akan datang antara dua institusi

Barisan rombongan muslimat

Barisan rombongan muslimat

Barisan rombongan muslimat

Barisan rombongan muslimat