Ramadhan di Mesir dan Malaysia.

Assalamualaikum…

Dalam kita bersedia menyambut Ramadhan di bumi Malaysia, ada yang gembira dan teruja dengan kehadiran bulan mulia ini. Namun, bagaimana nasib saudara kita di Mesir?

Maka benarlah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :


“Islam telah datang dalam keadaan dagang, dan akan kembali pada akhir zaman dalam keadaan dagang juga. Maka mendapat kemenanganlah orang-orang yang dagang”.

Hadis ini menerangkan bahawa Islam diterima oleh orang-orang yang meyakini akidah tauhid dan ia terbina atas asas akidah yang teguh. Penerimaan terhadap akidah islam diikuti pula dengan penghayatan dan perjuangan menegakkan kalimah allah di muka bumi. Justeru, mereka yang menerima Islam atas sebab selain daripada akidah akan berdepan dengan ujian yang tidak memungkinkan mereka mempertahankan Islam di akhir zaman. Bahkan, akan terjebak dalam konspirasi musuh untuk melemahkan dan menghancurkan Islam.

Kehidupan rakyat di Mesir sentiasa dilanda pelbagai kemelut dan isu diakhir-akhir ini. Mereka hidup dalamkeadaan yang tidak tenteram. Namun mereka masih mampu mempertahankan rukun islam. Mereka tidak lupa meninggalkan solat dan memohon bantuan dari Allah.

Perjuangan mereka terhadap islam tidak luntur. Rakan-rakan mereka solat mereka ditembak bertubi-tubi ketika solat. Sedangkan kita alpa dan leka ketika azan dilaungkan. Masih terbuai di pintu-pintu pasaraya. Bersorak tawa dipadang bola, melayari laman sosial dan berbual perkara yang melalaikan.

Hayatilah perjuangan mereka dalam menegakkan syiar islam. Jadikan semangat mereka dalam menempuh kehidupan seharian. Banyakkan amal kebajikan dan terus berjuang menegakkan agama Allah. Bulan Ramadhan banyak rahsia dan fadhilatnya. Sama-sama renungkan video dibawah.