Warga MTT “Bersama” Dr Morsi

Assalamualaikum…

Pada 10 Julai 2013 yang lalu bersamaan dengan 1 Ramadhan 1434H, semua warga Maahad Tahfiz Waltarbiyyah (MTT) Darul Iman telah mengadakan satu demonstrasi aman sebagai tanda sokongan terhadap kepimpinan Dr Morsi.
</p?

Ia juga sebagai tanda protes terhadap tindakan ketenteraan yang dilakukan terhadap pemimpin Islam yang dilantik menerusi proses pilihanraya tersebut. Sokongan dan sambutan dari kenderaan yang membunyikan hon sebagai tanda setuju kepimpinan Dr Morsi.

Cuaca yang mendung dipagi Ramadhan itu telah menghimpunkan hapir 600 warga MTT yang terdiri daripada Guru, Kakitangan dan Pelajar MTT sendiri. Program bermula seawal jam 7.35 pagi dan berakhir kira-kira setengah jam kemudian.

Turut serta dalam demonstrasi tersebut adalah, Ustaz Abu Bakar Chik selaku Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat merangkap pengerusi MTT, Pesuruhjaya PAS Sabah iaitu Mohd Aminuddin Aling dan juga wakil dari akhbar Harakah. Tidak ketinggalan Mudir MTT, Ustaz Muzaihar Kamal, Dr Hamdan Muhammad dan sekalian warga guru di MTT.

Mengulas mengenai demonstrasi tersebut, ustaz Muzaihar selaku Mudir MTT dengan lantang menyatakan, “Ini tanda solidariti kita terhadap umat Islam dan jamaah Islam Ikhwanul Muslimin di Mesir yang sedang dibunuh dan dizalimi oleh pihak yang memusuhi Islam,”

Demonstrasi diakhiri dengan bacaan doa memohon pertolongan dari Allah.

GAMBAR SEKITAR DEMONSTRASI 1

GAMBAR SEKITAR DEMONSTRASI 2