Majlis Berbuka Puasa Bersama YB Ustaz Hishamuddin

Syukur dipanjatkan kepada Allah s.w.t, perancangan untuk majlis berbuka puasa bersama YB Ustaz Hishamuddin (ADUN TEPOH) terlaksana jua seperti dirancang. Majlis ini telah dianjurkan oleh Kelab Ithar MTT dibawah seliaan Ustaz Hasbullah.

Majlis yang diadakan di Restoren Al-Bakri di Kompleks Usahawan Terengganu itu cukup meriah dengan kehadiran warga kerja dari MTT seperti Ustaz Abu Bakar Chik, Ustaz Muzaihar dan beberapa warga kerja YAKEP turut sama dalam majlis tersebut.

Tidak ketinggalan, warga kerja Fisabilillah dan beberapa orang pelajar turut serta dalam majlis tersebut. Sementara menunggu waktu berbuka, Ustaz Hishamuddin sempat memberi tazkirah ringkas kepada warga hadirin yang hadir.

Berbuka bersama YB Tepoh

Berbuka bersama YB Tepoh

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR MAJLIS