Majlis Berbuka Puasa Takaful Ikhlas-MTT 2013

Al-Hadid, Ayat 18

Al-Hadid, Ayat 18

“Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia. (Al-Hadid, Ayat 18)”

Pertamanya, syukur diucapkan kehadrat Allah swt kerana kami di Maahad Tahfiz Waltarbiyyah Darul Iman menerima sumbangan dan perkongsian rezeki dari Hamba Allah. Moga sama-sama kita mendapat manfaatnya.

Pada 29 Julai 2013 yang baru berlalu, pihak Takaful Ikhlas telah menaja majlis berbuka puasa untuk pelajar-pelajar di MTT. Pihak Takaful Ikhlas juga memberi sedikit sumbangan kepada pelajar-pelajar terpilih dalam majlis yang sama.

Majlis yang bermula sekitar jam 6 petang dan dipengerusikan oleh Ustaz Nafizul diisi dengan ucapan dari Mudir MTT dan juga ucapan dari Wakil Takaful Ikhlas. Majlis kemudiannya diteruskan dengan penyampaian sumbangan kepada pelajar MTT.

GAMBAR SEKITAR MAJLIS BERSAMA TAKAFUL IKHLAS