Majlis Berbuka Puasa Umum MTT 2013

Syukur Alhamdulillah… Allah terus memberi keizinan kepada kami di Maahad Tahfiz Waltarbiyyah Darul Iman (MTT) untuk terus mengadakan majlis berbuka puasa umum bersama rakyat setempat seperti yang sering dianjurkan.

Majlis tersebut telah dilangsungkan pada 30 Julai 2013 (selasa) berjaya menghimpunkan lebih daripada 500 orang muslimin dan muslimat sekitar kawasan Tok Jiring dan kawasan kejiranan. Majlis yang juga sebagai menghargai dan tanda terima kasih kepada semua pihak yang terus membantu dan menyumbang demi pembangunan bidang pendidikan islam di Terengganu ini.

Pihak MTT turut berbesar hati dengan kehadiran YB Ust Mohd Khairuddin At-Takiri ke majlis tersebut untuk menyampaikan tazkirah. Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Nerus turut sama berbuka puasa bersama hadirin yang hadir memenuhi ruang masjid.

Berjuta ucapan terima kasih turut diucapkan kepada semua pihak yang terus menerus menghulurkan sumbangan kepada pihak MTT. Tidak dilupakan kepada semua guru dan kakitangan yang bertungkus lumus dalam memastikan kelancaran acara yang dirancang. Syukran Jazeelan….

Gambar Sekitar Majlis Berbuka Puasa Umum MTT 2013