Siri 1 ~ Rangkuman Majlis Haflatul Quran MTT 2013

Alhamdulillah, Syukur kehadrat Ilahi, dengan limpah kurnia dan rahmatnya, Majlis Haflatul Quran Ma’ahad Tahfiz Waltarbiyyah Darul Iman bagi tahun 1434H / 2013M berjaya disempurnakan. Program yang dianjurkan setiap tahun itu adalah sebagai meraikan kecemerlangan pelajar dalam bidang akademik, hafazan dan juga kokurikulum. Selain itu, ia juga memupuk jiwa pengorbanan dan kerjasama antara guru dan pelajar dalam menjayakan Majlis Haflatul Quran MTT 1434H/2013M ini. Tidak dilupakan, ia juga sebagai medium untuk mengukuhkan ukhuwah bersama masyarakat sekitar yang sering membantu dan memberikan sokongan terhadap institusi pendidikan ini.

Majlis Haflatul Quran ini dimulakan dengan acara perasmian pada 9 September 2013 oleh YB Datuk Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud. Beliau sebelum itu sempat meluangkan masa untuk sessi makan malam bersama pimpinan kampung Tok Jiring pada malam yang sama. Seterusnya, beliau bersama dua lagi panelis iaitu Ustaz Dato’ Haji Abu Bakar bin Chik dan Cikgu Suhaimi Saad mengisi slot Ceramah Perdana sekitar jam 9.00 malam. Program tersebut berjaya menarik antara 800 – 1000 orang penduduk sekitar Kuala Terengganu ke ceramah tersebut.

Ceramah Perdana Haflatul Quran

Ceramah Perdana Haflatul Quran

 

Ceramah Perdana Haflatul Quran MTT 2013

Ceramah Perdana Haflatul Quran MTT 2013

Ceramah Perdana Haflatul Quran MTT 2013

Ceramah Perdana Haflatul Quran MTT 2013

Majlis Haflatul Quran MTT 2013 diteruskan lagi pada 11 September 2013 dengan pertandingan Hafazan Al-Quran di dewan Masjid Tahfiz Darul Iman (MTT) seawal jam 10.00 pagi. Perkarangan MTT juga dimeriahkan dengan pameran dan gerai jualan pelajar Kokurikulum MTT, Fisabilillah MTT dan juga NGO luar seperti Management & Science University (MSU), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Kolej Inforana dan lain-lain sepanjang Ihtifal berlangsung. Menjelang petang, pihak MTT telah menjemput Jabatan Pertanahan Awan Malaysia (JPAM) untuk slot Demonstrasi Ular. Guru-guru dan pelajar juga berpeluang untuk turut serta dalam demonstrasi ular tersebut.

Ustaz Khairul 'Jinakkan' Ular

Ustaz Khairul ‘Jinakkan’ Ular

Peserta Pertandingan Hafazan

Peserta Pertandingan Hafazan

Kuliah maghrib oleh Ustaz Ahmad Syarifuddin bin Ibrahim Al Hafiz, Mudir Ma’ahad Darul Syifa’ memulakan slot program waktu malam Majlis Haflatul Quran MTT 2013 di Masjid Tahfiz Darul Iman. Setelah selesai solat isyak, tibalah waktu untuk majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar & Graduasi Pelajar STAM pada jam 9.00 malam. Antara pengisian utama ialah penyampaian hadiah kepada pelajar cemerlang PMR, SPM & STAM tahun 2012 dan juga graduasi pelajar STAM 2012. Pengisian lain majlis tersebut adalah majlis Khatam Al-Quran, Persembahan Nasyid, Bacaan ayat Al-Quran bertarannum dan penyampaian hadiah Pertandingan Hafazan Al-Quran. MTT berbesar hati kerana majlis tersebut telah dirasmikan oleh Sheikh Ali Abdul Rahman Sauti dari Universiti Al-Iman, Sanaa’, Yaman.

Anugerah Kecemerlangan & Graduasi

Anugerah Kecemerlangan & Graduasi

 

Antara Penerima Anugerah

Antara Penerima Anugerah

Antara Penerima Anugerah

Antara Penerima Anugerah

Ustaz Muzaihar, Ustaz Abu Bakar Chik, Sheikh Ali

Ustaz Muzaihar, Ustaz Abu Bakar Chik, Sheikh Ali

Bacaan Bertarannum

Bacaan Bertarannum

Nantikan Siri 2 dimana kami akan perincikan mengenai malam anugerah graduasi dan juga senarai pemenang Pertandingan Hafazan pada sessi pagi tersebut.