Siri 2 ~ Rangkuman Majlis Haflatul Quran MTT 2013
Dalam Siri 1 ~ Rangkuman Majlis Haflatul Quran MTT 2013, kami telah ceritakan serba ringkas mengenai program pada 9 September 2013 dan 11 September 2013. Dalam Siri 2, kami lebih memfokuskan kepada agenda ketika malam anugerah tersebut. Turut akan dilampirkan adalah senarai pemenang Pertandingan Hafazan yang telah diadakan pada pagi 11 September 2013 tersebut.
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, majlis ini dirasmikan oleh Sheikh Ali Abdul Rahman as-Saufi daripada Universiti al-Iman, Yaman. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Ustaz Haji Abu Bakar bin Abdullah selaku Pengerusi Yayasan Kebajikan Pembangunan Pendidikan Negeri Terengganu (YAKEP), Ustaz Dato’ Haji Abu Bakar bin Chik selaku Pengerusi Eksekutif Ma’ahad Tahfiz Waltarbiyyah Darul Iman. Tidak ketinggalan Mas’ul Tahfiz MTT iaitu Ustaz Zainal Abidin bin Ahmad, Mudir MTT Ustaz Haji Muzaihar Kamal bin Mustapa Kamal dan juga Dr Ustaz Berhanudin bin Abdullah selaku Yang Dipertua Jemaah Ibu Bapa & Guru (JIBG) serta guru-guru, ibu bapa, pelajar dan juga masyarakat setempat yang hadir bagi memeriahkan majlis pada malam tersebut.
Senarai Pemenang Pertandingan Hafazan :
Dalam bahagian seterusnya, kami akan menyiarkan pula senarai pelajar cemerlang PMR, SPM dan STAM 2012 serta anugerah kecemerlangan kepada insan-insan hebat yang lahir dari MTT. Nantikan dalam masa terdekat.
Pingback: Siri 8 ~ Rangkuman Majlis Haflatul Quran MTT 2013 | Ma'ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah (MTT) Darul Iman
Pingback: Siri 7 ~ Rangkuman Majlis Haflatul Quran MTT 2013 | Ma'ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah (MTT) Darul Iman
Pingback: Siri 6 ~ Rangkuman Majlis Haflatul Quran MTT 2013 | Ma'ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah (MTT) Darul Iman
Pingback: Siri 5 ~ Rangkuman Majlis Haflatul Quran MTT 2013 | Ma'ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah (MTT) Darul Iman
Pingback: Siri 4 ~ Rangkuman Majlis Haflatul Quran MTT 2013 | Ma'ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah (MTT) Darul Iman
Pingback: Siri 3 ~ Rangkuman Majlis Haflatul Quran MTT 2013 | Ma'ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah (MTT) Darul Iman