Siri 3 ~ Rangkuman Majlis Haflatul Quran MTT 2013
Assalamualaikum wbt…
Seperti yang dinyatakan dalam Siri 2 ~ Rangkuman Majlis Haflatul Quran MTT 2013, Siri 3 akan menyenaraikan senarai pelajar yang mendapat keputusan cemerlang didalam Penilaian Menengah Rendah (PMR, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan juga Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Tidak dilupakan juga senarai pelajar yang khatam al-Quran bagi tahun 2012. Majlis dimulakan dengan penyampaian anugerah kepada pelajar PMR yang disampaikan oleh Ustaz Haji Abu Bakar bin Abdullah, Ustaz Dato’ Haji Abu Bakar bin Chik dan juga Ustaz Haji Muzaihar Kamal bin Haji Mustapha Kamal kepada semua penerima anugerah.
Semua pelajar telah berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai kejayaan, tidak hanya dalam bidang akademik, tetapi juga dalam bidang hafazan Al-Quran. Lebih membanggakan, ibu bapa mereka juga turut hadir dalam meraikan kejayaan anak-anak mereka.
Terlebih dahulu,diperkenalkan Pelajar Terbaik PMR 2012 iaitu saudara Abdurrahman Hafiz bin Zulkafli. Beliau telah diberi Anugerah Kecemerlangan Imam Kisaie’ atas kecemerlangan beliau didalam bidang akademik dan juga hafazan Al-Quran. Beliau telah berjaya menamatkan 8 juzu’ hafazan al-Quran dan juga mendapat 9A didalam keputusan PMR 2012. Anak keempat dari 6 orang adik beradik ini berasal dari Kuantan, Pahang dan sangat aktif serta mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi didalam dirinya.
Berikut merupakan senarai pelajar cemerlang PMR 2012 :
- Abdullah Mubarak bin Fauzi. ( 8A, 10 juzu’ )
- Salleh bin Abdul Rab ( 7A, 10 juzu’ )
- Aiman Mu’az bin Muhammad Fadzillah ( 7A, 7 juzu’ )
- Ahmad Thaqaufi bin Awang ( 7A, 5 juzu’ )
- Wan Ahmad Muadz Nuruddin bin Wan Mulyadi ( 7A, 2 juzu’ )
- Muhammad Ikhwanursalam bin Muslidar ( 7A, 8 juzu’ )
- Uzair Amin bin Ubaidillah ( 6A, 5 juzu’ )
- Arif Luqman bin Ahmad Nashidi ( 6A, 1 juzu’ )
- Nurul Aida Najihah bt Che Alwi ( 6A, 7 juzu’ )
- Mohamad Abdul Rahim bin Mohammad ( 5A, 8 juzu’ )
- Nur Fatihah bt Ramli ( 5A, 11 juzu’ )
Manakala bagi pelajar terbaik SPM 2012 pula menjadi milik Nurul Nazurah bt Mohamad Fadzli yang telah menerima Anugerah Kecemerlangan Iman Hamzah. Anak sulung daripada 3 orang adik beradik ini hadir bersama ibu bapanya untuk menerima anugerah tersebut. Pelajar yang rajin dan sering membantu rakan-rakan beliau dalam pelajaran ini telah mendapat keputusan 9A serta berjaya menamatkan 15 Juzu’ hafazan al-Quran.
Berikut pula disertakan senarai nama pelajar cemerlang SPM bagi tahun 2012.
- Ahmad Hamdani Fakhruddin bin Mukhtar ( 7A, 30 juzu’ )
- Tengku Nur Nadiah Liyana bt Tengku Hasim ( 7A, 30 juzu’ )
- Nor Azzira bt Zulkifli( 4A, 8 juzu’ )
- Nur Aishah Najiehah bt Zakaria( 4A, 4 juzu’ )
- Nur Jannah bt Ramli ( 4A, 12 juzu’ )
Tidak ketinggalan Anugerah Kecemerlangan Imam Nafi’ yang telah dianugerahkan kepada saudara Thalhah Ubaidillah bin Ab Rahim kerana kecemerlangannya dalam pengajian STAM 2012. Turut dianugerahkan pencapaian pelajar cemerlang adalah :
- Nurul Habibah bt Mohamad
- Fatihatun Najihah bt Ismail
Akhir sekali untuk Siri 3 ~ Rangkuman Majlis Haflatul Quran MTT 2013 ini, dilampirkan senarai pelajar yang berjaya khatam al-Quran bagi tahun 2012.
- Najwa Syakirah bt Abdul Aziz
- Siti Rohayu bt Ali
- Tengku Nur Nadiah Liyana bt Tengku Hasim
Sesungguhnya semua pelajar telah berusaha dengan gigih demi mencapai kejayaan dan redha Allah di dunia dan diakhirat. Diharapkan dengan penganugerahan yang diberi akan terus membakar semangat mereka untuk berjaya dalam bidang yang diceburi terutamanya dalam pengajian al-Quran. Semoga kejayaan mereka ini akan menjadi pendorong dan inspirasi kepada semua pelajar diluar sana. Kejayaan mampu digapai dengan usaha, kesungguhan dan tawakkal kepada Allah swt. InsyaAllah.
Siri Rangkuman Majlis Haflatul Quran MTT 2013 tidak berhenti disini, nantikan Siri 4 tidak lama lagi.
Siri 1 ~ Rangkuman Majlis Haflatul Quran MTT 2013
Siri 2 ~ Rangkuman Majlis Haflatul Quran MTT 2013
nama abdurrahman hafiz mcm tertinggal je..
Nama Abdurrahman Hafiz telah dinyatakan di perenggan awal…
Pingback: Siri 8 ~ Rangkuman Majlis Haflatul Quran MTT 2013 | Ma'ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah (MTT) Darul Iman
Pingback: Siri 7 ~ Rangkuman Majlis Haflatul Quran MTT 2013 | Ma'ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah (MTT) Darul Iman
Pingback: Siri 6 ~ Rangkuman Majlis Haflatul Quran MTT 2013 | Ma'ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah (MTT) Darul Iman
Pingback: Siri 5 ~ Rangkuman Majlis Haflatul Quran MTT 2013 | Ma'ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah (MTT) Darul Iman
Pingback: Siri 4 ~ Rangkuman Majlis Haflatul Quran MTT 2013 | Ma'ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah (MTT) Darul Iman