Siri 4 ~ Rangkuman Majlis Haflatul Quran MTT 2013

Assalamualaikum….

Rangkuman Majlis Haflatul Quran MTT 2013 diteruskan lagi dengan Siri 4. Liputan kali ini berkisar kepada pengisian pada hari Khamis 12 September 2013. Seperti hari sebelumnya, semua pelajar dikehendaki bersama guru kelas untuk sessi catatan kehadiran. Seawal jam 8.30 pagi, pelajar-pelajar diarahkan berkumpul untuk rehearsal sebelum perbarisan sebenar yang dijadualkan pada jam 9.15 pagi. Turut dijadualkan pada pagi tersebut adalah Majlis Perasmian Pembangunan Kokurikulum MTT.

Perbarisan Unit AMal & Nisa' MTT

Perbarisan Unit AMal & Nisa’ MTT

Perbarisan Unit AMal & Nisa' MTT

Perbarisan Unit AMal & Nisa’ MTT

Selain dari perbarisan Unit Amal, Nisa dan juga Kelab dan Persatuan MTT, Cikgu Mohd Azizan bin Mohd Pawi juga turut menyampaikan ucapan selaku guru Kokurikulum MTT. Ucapan diteruskan oleh Pesiden Yayasan Amal Malaysia iaitu Tuan Haji Husin bin Ismail dan seterusnya merasmikan Pembangunan Kokurikulum MTT. Perasmian tersebut turut diperhatikan Ustaz Muzaihar dan Ustaz Saiful Ambia yang segak dalam seragam Unit Amal mereka. Setelah selesai dengan acara perasmian, Tuan Haji Hussin meluangkan masa melawat gerai dan pameran dari pelajar dan juga NGO yang turut serta dalam Haflatul Quran MTT 2013 ini.

Tidak ketinggalan untuk turut sama pada Majlis Perasmian Pembangunan Kokurikulum MTT tersebut adalah Saudara Jeffri Chua dan juga Dr Bala. manakala dibarisan muslimat pula kelihatan Zuraida Noor dan juga Rosmaimunah Norasmuni bersama guru-guru MTT yang lain.

Antara yang kelihatan didalam gambar, dari kiri Sir Fazree, En. Hussain, Cikgu Effendi, Jeffri Chua, Ustaz Muzaihar, Tuan Haji Hussin, Dr Bala dan juga Ustaz Saiful Ambia.

Antara yang kelihatan didalam gambar, dari kiri Sir Fazree, En. Hussain, Cikgu Effendi, Jeffri Chua, Ustaz Muzaihar, Tuan Haji Hussin, Dr Bala dan juga Ustaz Saiful Ambia.

Cikgu Raja bersama Zuraida Noor dan Rosmaimunah Norasmuni meninjau kawasan pameran

Cikgu Raja bersama Zuraida Noor dan Rosmaimunah Norasmuni meninjau kawasan pameran

Ketua Unit Amal Menerima Arahan

Ketua Unit Amal Menerima Arahan dari Tuan Haji Husin

Perasmian Pembangunan Kokurikulum MTT

Perasmian Pembangunan Kokurikulum MTT

Pada hari tersebut juga diangsungkan Sukaneka Pasti antara Pasti Tok Jiring dan Taski Al-Hikmah selepas berakhirnya acara melibatkan pelajar MTT. Turut hadir ke Haflatul Quran MTT 2013 pada hari tersebut adalah Timbalan Pesuruhjaya 1 Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu iaitu Ustaz Saiful Bahri. bin Mamat Selesai acara diwaktu pagi, pelajar-pelajar diberi pelepasan dari sebarang aktiviti sehingga Asar untuk memberi peluang kepada mereka melawat tapak pameran dan berniaga di gerai jualan kokurikulum mereka.

Sukaneka Pasti Haflatul Quran MTT 2013

Sukaneka Pasti Haflatul Quran MTT 2013

Sukaneka Pasti Haflatul Quran MTT 2013

Sukaneka Pasti Haflatul Quran MTT 2013

Ustaz Satiful Bahri bersama Dr Hamdan dan Ustaz Saiful Ambia

Ustaz Saiful Bahri bersama Dr Hamdan dan Ustaz Saiful Ambia

Ustaz Satiful diiringi oleh Ustaz Muzaihar & Ustaz Saiful ke bilik jamuan VIP.

Ustaz Saiful Bahri diiringi oleh Ustaz Muzaihar & Ustaz Saiful Ambia ke bilik jamuan VIP.

Selepas menunaikan solat Asar, para hadirin dihidangkan dengan Persembahan Seni Mempertahankan diri dari Pasukan Silat Pusaka Gayong Malaysia dan juga Silat MTT. Manakala disebelah malam pula, para pennton yang hadir akan dipersembahkan bacaan ayat al-Quran dengan tarannum dan juga beberapa persembahan sampingan lain seperti Qasidah dan Nasyid.

Rangkuman Haflatul Quran MTT 2013 hampir ke penghujungnya. Sama-sama nantikan siri seterusnya tidak lama lagi. Terima kasih atas kunjungan ke BLOG MTT.

Siri 1 ~ Rangkuman Majlis Haflatul Quran MTT 2013
Siri 2 ~ Rangkuman Majlis Haflatul Quran MTT 2013
Siri 3 ~ Rangkuman Majlis Haflatul Quran MTT 2013