Siri 5 ~ Rangkuman Majlis Haflatul Quran MTT 2013
Assalamualaikum wbt…
Tidak banyak yang ingin diperkatakan dalam Siri 5 ~ Rangkuman Majlis Haflatul Quran MTT 203 ini. Pada 13 September 2013, guru-guru dan kakitangan telah bertungkus lumus untuk persiapan Jamuan Rakyat yang dijadualkan pada tengahari jumaat tersebut. Jamuan yang dibuat sebagai salah satu bentuk penghargaan kepada semua yang terus memberi sokongan kepada Maahad Tahfiz Waltarbiyyah Darul Iman untuk terus memberi khidmat bakti dalam bidang pendidikan khususnya.
Pihak MTT amat berterima kasih kepada semua pihak yang membantu dalam jamuan rakyat tersebut. Kerjasama dari semua pihak amat kami hargai. Walaupun sibuk dengan persiapan jamuan, mereka turut meluangkan masa menderma darah bersama pihak Hospital Nur Zahirah Kuala Terengganu yang dibuat di Bilik Mesyuarat MTT. Mereka juga melawat ke Pusat Pemeriksaan Darul Syifa‘ yang mengambil bahagian pada hari tersebut. Tiada gerai dan pameran untuk hari terakhir Haflatul Quran MTT 2013.
Orang ramai yang hadir pada Jamuan Rakyat tersebut juga akan diberikan senaskah akhbar Sinar Harian yang memaparkan gambar-gambar aktiviti pada hari Rabu dan Khamis Majlis Haflatul Quran MTT 2013. InsyaAllah keratan akhbar tersebut akan disiarkan didalam Siri yang berikutnya.
Pada sebelah petangnya, satu program istimewa telah dibuat sempena Haflatul Quran pada tahun ini. Program yang dimaksudkan adalah Program Lepasan Pelajar 1 Dekad MTT. Namun, tidak ramai yang hadir untuk program tersebut kerana ada antara mereka yang sedang melanjutkan pelajaran dan bekerja. Moga-moga ia mampu diteruskan pada masa yang akan datang.
Rangkuman Siri 5 akan berakhir disini. Dalam siri seterusnya, kami akan cuba tulis kembali liputan yang telah dibuat dalam 3 siaran akhbar iaitu Sinar Harian (13 dan 14 September) dan Harakah edisi 16-19 September 2013.
Siri 1 ~ Rangkuman Majlis Haflatul Quran MTT 2013
Siri 2 ~ Rangkuman Majlis Haflatul Quran MTT 2013
Siri 3 ~ Rangkuman Majlis Haflatul Quran MTT 2013
Siri 4 ~ Rangkuman Majlis Haflatul Quran MTT 2013
Pingback: Siri 7 ~ Rangkuman Majlis Haflatul Quran MTT 2013 | Ma'ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah (MTT) Darul Iman
Pingback: Siri 6 ~ Rangkuman Majlis Haflatul Quran MTT 2013 | Ma'ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah (MTT) Darul Iman