Siri 6 ~ Rangkuman Majlis Haflatul Quran MTT 2013

Assalamualaikum wbt…

Rangkuman pada kali ini berfokus kepada siaran akhbar mengenai program Haflatul Quran MTT 2013 baru-baru ini.

1. Harakah Fikrah (Edisi 16-19 September 2013).

Tajuk : Sekolah Agama Asas Kekuatan Islam – Khairul Azlam Mohamad

Kuala Terengganu: Pusat-pusat Pengajian Pondok dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang diasaskan oleh para alim ulama dan tok guru pondok sebenarnya menjadi asas bagi kekuatan Islam di satu tempat atau negeri.

Justeru, lahirlah idea yang sama oleh lima orang graduan siswazah pada awal tahun 70an iaitu Ustaz Abu Bakar Chik, Ustaz Abu Bakar Abdullah, Abdul Rashid Omar, Safinah Jusoh dan Raja Endun Raja Abdul Rahman.

Institut Berakan

Institut Berakan

Mereka telah berjaya menubuhkan sebuah sekolah swasta yang dinamakan Institut Berakan (IB) pada tahun 1974 yang kini menjangkau usianya hampir 40 tahun.

Institut Berakan / MTT

Institut Berakan / MTT

Institut Berakan / MTT

Institut Berakan / MTT

Namun begitu, IB menghadapi pelbagai cabaran, mehnah dan tribulasinya sehingga pernah dirobohkan kerajaan BN Terengganu ketika negeri dibawah kepimpinan Menteri Besarnya, Tan Sri Wan Mokhtar Wan Ahmad pada 19 November 1991.

IB dirobohkan kerana sekolah tersebut menjadi denyut nadi kepada gerakan Islam yang lahir seperti Abim dan kepimpinan PAS diawal tahun 70-an dan 80-an.Beroperasi di Jalan Sultan Omar Kuala Terengganu,IB menjadi pusat penyebaran dan perkembangan fikrah PAS yang pesat di negeri Darul Iman ini.

Usaha membantah perobihan IB

Usaha membantah perobihan IB

Jentolak yang digunakan untuk meroboh

Jentolak yang digunakan untuk meroboh

Kini Institut Berakan telah melahirkan Maahad Tahfiz Wal-Tarbiyyah (MTT) Darul Iman setelah “berpindah” serta memiliki sebidang tanah yang diwakafkan seorang hamba Allah yang mahu melihat Pusat Pengajian Islam dibangun dan dikembangkan di Terengganu.Sejak tahun 1997,IB dan MTT merupakan satu nama yang seiring (2 dalam 1) mengikut perkembangan pendidikan semasa, yang terus berdaya saing, maju dan dinamik.IB tidak lagi ditonjolkan tetapi “digilap” pula kepada MTT.

Hari ini, MTT ini menyambut ulang tahun ke-16 atau ke-39 atas nama Institut Berakan yang nadinya masih berdenyut secara rasmi di pejabat pendaftaran dan tidak mati meskipun 100 peratus struktur bangunannya dirobohkan 22 tahun lalu.

MTT mempunyai visi, misi dan objektif yang jelas serta menjadi panduan kepada pihak pentadbirannya membawa hala tuju dan matlamat pendidikan.

Tema majlis Haflatul Quran dan Ihtifal MTT 2013 iaitu “Tarbiyyah Islamiyyah Tonggak Pembangunan Ummah”.

Program tersebut diadakan selama empat hari meliputi ceramah perdana, pertandingan hafazan al-Quran, khatam al-Quran, anugerah pelajar cemerlang, sukaneka anak-anak Pasti, seni silat mempertahankan diri, karnival qiraat jemputan, nasyid, demonstrasi ular, pameran, gerai jualan, derma darah, pemeriksaan kesihatan percuma serta jamuan rakyat.Majlis Haflatul Quran itu dirasmikan oleh Sheikh Ali Abdul Rahman As-Saufi dari Universiti Al-Iman, Sanaa’ Yaman dan hadir sama Pengerusi Lajnah Pendidikan Pas Pusat, Dato’ Abu Bakar Chik, Pengerusi Yayasan Kebajikan dan Pembangunan Pendidikan Negeri Terengganu (YAKEP), Ustaz Abu Bakar Abdullah.

Ustaz Satiful diiringi oleh Ustaz Muzaihar & Ustaz Saiful ke bilik jamuan VIP.

Ustaz Satiful diiringi oleh Ustaz Muzaihar & Ustaz Saiful ke bilik jamuan VIP.

Penerima Anugerha Kecemerlangan

Penerima Anugerha Kecemerlangan

Bacaan Bertarannum
Ceramah Perdana Haflatul Quran MTT 2013

Ceramah Perdana Haflatul Quran MTT 2013

Siri 7 akan memuatkan siaran akhbar Sinar Harian pula. Nantikan…

Siri 1 ~ Rangkuman Majlis Haflatul Quran MTT 2013
Siri 2 ~ Rangkuman Majlis Haflatul Quran MTT 2013
Siri 3 ~ Rangkuman Majlis Haflatul Quran MTT 2013
Siri 4 ~ Rangkuman Majlis Haflatul Quran MTT 2013
Siri 5 ~ Rangkuman Majlis Haflatul Quran MTT 2013