Motivasi Pelajar di Ambang Peperiksaan PMR, SPM, STAM

Assalamualaikum wbt…

Selanat Berjuang Dalam Peperiksaan 2013

Selanat Berjuang Dalam Peperiksaan 2013

September lalu, Ma’ahad Tahfiz Waltarbiyyah Darul Iman (MTT) telah menganjurkan program Motivasi untuk pelajar yang bakal menduduki peperiksaan pada tahun 2013 ini. Program yang diatur untuk pelajar PMR, SPM dan STAM itu diadakan di Dewan Teater Perpustakaan Awam Negeri Terengganu. Pelajar SPM dan STAM digabungkan dalam satu program yang lebih kepada kerjaya dan masa depan mereka, manakala bagi pelajar PMR pula lebih berfokus kepada pemilihan bidang di tingkatan 4 pada 2014. Kedua-dua program tersebut diadakan pada 2 September 2013 bagi pelajar PMR dan 17 September 2013 bagi pelajar SPM dan STAM.

Turut hadir adalah Mas’ul Jabatan Akademik MTT iaitu Tuan haji Daud bin Jusoh. Beliau mengingatkan para pelajar kerana berpeluang mengikuti pengajian tahfiz disamping pengajian akademik yang biasa. Menurut beliau, erti sebenar pelajar cemerlang merangkumi aspek tahfiz, akademik, akhlak, kempimpinan dan juga kebolehan dalam pelbagai bidang sekaligus melahirkan ilmuan Islam di masa akan datang.

Ustaz Hj Muzaihar Kamal Mustafa Kamal yang juga mudir MTT mengambil peluang dalam program tersebut untuk mengumumkan pengajian tahfiz Ulum Wal Qiraat dan Tahfiz Perakaunan akan dibuka untuk pengambilan pelajar tingkatan empat tahun 2014 nanti. Pelajar cemerlang PMR 2012, saudara Abdul Rahman Hafiz turut memberikan nasihat ringkas kepada pelajar tentang kepentingan menjaga waktu terluang serta pengorbanan ibu bapa terhadap para pelajar.  Tidak dilupakan nasihat supaya pelajar belajar bersungguh-sungguh dan berdoa memohon kekuatan dan redha Allah swt.

Diakhir program, semua pelajar dan guru menurunkan tandatangan ikrar pada banting setiap kelas untuk berusaha dan berjanji untuk memberikan yang terbaik dalam peperiksaan yang bakal tiba.

GAMBAR MOTIVASI PMR 2013

GAMBAR MOTIVASI SPM & STAM 2013