Aidiladha di MTT 1434H/2013M

Qurban & Aqiqah MTT 2013

Qurban & Aqiqah MTT 2013i

Alhamdulillah… berkat usaha dan keizinan Allah s.w.t, kami di Maahad Tahfiz Waltarbiyyah Darul Iman (MTT) berjaya melaksanakan ibadah Qurban pada 15 Oktober 2013 hingga 17 Oktober 2013 bersama masyarakat setempat.

Sejumlah 27 ekor lembu dan 3 ekor kambing hasil penyertaan orang ramai dan juga ibu bapa pelajar. Tidak dilupakan lepasan pelajar (SISBAKTI) dan juga guru serta kakitangan MTT turut sama mengambil bahagian dalam ibadah Qurban tahun ini.

Qurban pada tahun ini juga turut berkolaborasi dengan Yayasan Kebajikan dan Pendidikan Negeri Terengganu (YAKEP) dalam menjalankan ibadah Qurban Nusantara ke Kemboja dan Yaman. Hampir 5 ekor lembu dikorbankan di Kemboja dan 2 ekor kibasy di Yaman.

Syukur kehadratmu Ya Allah… dan terima kasih kepada semua pihak yang turut sama bertungkus lumus dalam program ibadah Qurban selama 3 hari di perkarangan asrama muslimin MTT.  Tahniah juga kepada skuad Fisabilillah MTT! yang bekerja keras dalam menjayakan program pada tahun ini.

Sekitar Hari Pertama Qurban di MTT 2013

Sekitar Hari Kedua Qurban di MTT 2013

Sekitar Hari Ketiga Qurban di MTT 2013