Asrama Dihatiku….

Assalamualaikum…

Seperti yang dinyatakan dalam post terdahulu, salah satu program yang dianjurkan sempena menyambut warga baru MTT adalah program Asrama Dihatiku yang telah dikelolakan oleh Cikgu Abdullah Embong selaku Penyelia Asrama.

Program bermula selepas selesai urusan pendaftaran pelajar, iaitu pada petang 28 Disember 2013. Setelah ucapan ringkas membuka majlis, slot pertama adalah untuk mendidik dan memupuk sifat setiakawan dalam kehidupan terutama diasrama iaitu slot Kawan Itu Hilangkan Sepi. Setelah menunaikan solat asar berjemaah, mereka dibahagikan mengikut kumpulan untuk aktiviti padang dan riadah. Turut diselitkan adalah tayangan filem Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang untuk pelajar-pelajar. Program pada 28hb diakhiri dengan bacaan Surah Al-Mulk beramai-ramai.

Program diteruskan lagi pada hari kedua, 29 Disember 2013 dengan aktiviti rutin seperti bersuci, tadarus dan sarapan. Pelajar ditayangkan dengan tatacara kekemasan diri, persekitaran dan peraturan diasrama menerusi slot Kemas dan Rapi Amalanku. Pelajar seterusnya melakukan praktikal berdasarkan tayangan yang telah dibuat dan diperiksa tahap kekemasan oleh Penyelia Asrama dan Mudir MTT.

Hari kedua diteruskan dengan aktiviti berkumpulan bagi memupuk kerjasama dan mengeratkan hubungan sesama pelajar baru dan AJK asrama. Selepas solat Asar, pelajar dibimbing untuk bersama-sama membacakan Ma’athurat sebelum meneruskan acara sukaneka. Sebagai pengakhiran kepada program, satu sessi motivasi yang dibimbing oleh Cikgu Nawi bertajuk Aku Seorang  Yang Bersungguh dan Semangat.

Moga berjaya menjadi pelajar yang cemerlang duniawi dan ukhrawi.

Advertisements

Sila tinggalkan Komen Anda.... Terima Kasih

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s