Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Asrama MTT 2014

Assalamualaikum…

Tanggal 12 Rabiul Awal 1435H bersamaan 14 Januari 2014, satu Program Sambutan Maulidurrasul Peringkat Asrama MTT bagi tahun 2014 telah dianjurkan. Program yang diketuai oleh Saudara Abdul Rahman Hafiz Zulkifli itu melibatkan semua pelajar asrama Muslimin dan Muslimat yang berjumlah sekitar 300 orang pelajar.

Sebelum bermulanya program secara rasmi, Pelajar-pelajar digalakkan untuk menyertai program Qiamullail pada jam 4 pagi di masjid MTT. Ia dituruti dengan solat subuh berjemaah dan selingan Qasidah sesama mereka.

Program bermula sekitar jam 8 pagi dengan Asma Ul Husna dan juga selawat keatas junjungan baginda Nabi Muhammad S.A.W. Demi menyemarakkan rasa cinta dan kasih terhadap baginda Rasul, satu slot ceramah telah diatur untuk pelajar. Ceramah yang disampaikan oleh Sheikh Hussin bin Ali Althulaya yang juga merupakan guru di MTT. Turut sama dalam ceramah tersebut adalah Ustaz Muzaihar Kamal selaku penterjemah kepada Sheikh Hussain untuk memberi lebih kefahaman kepada pelajar.

Program juga turut menyelitkan pertandingan Sepanduk terbaik dan Pakaian Seragam terbaik.

Sila tinggalkan Komen Anda.... Terima Kasih

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s