Lawatan Qudwah MTT 2014

Bukit Bendera

Bukit Bendera

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang sering mengikuti perkembangan aktiviti Maahad Tahfiz Waltarbiyyah Darul Iman menerusi Portal Berita MTT.

Pada 20 Mac 2014 bersamaan hari Khamis yang lalu, satu lawatan telah dianjurkan. Lawatan ini adalah untuk pengawas di MTT atau lebih dikenali sebagai Qudwah MTT. Lawatan sambil belajar ini berlangsung selama 3 hari 2 malam dan difokuskan di beberapa lokasi di utara semenanjung Malaysia.

Semua pelajar yang terlibat dikehendaki berkumpul pada jam 11 malam di perkarangan MTT bersama beberapa orang guru pengiring seperti Ustaz Mohd Shaiful Ambia, Ustaz Mohd Khairul Nizam, Cikgu Siti Nadzirah dan beberapa orang guru pengiring lain.

Antara lokasi yang dilawati pada hari pertama lawatan (21 Mac 2014) adalah ke Makam Assyahid Ibrahim Libya dan sahabat yang terkorban dalam peristiwa Memali pada pertengahan 1980an yang lalu. Pelajar juga turut dibawa melawat Makam pimpinan PAS yang dihormati dan disegani iaitu Almarhum Dato’ Ustaz Fadzil Noor dan Almarhum Dato’ Seri Azizan di Pokok Sena Kedah. Lawatan turut melakukan tinjauan ke sebuah pondok yang banyak melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang iaitu Sekolah Taufikiyah Khairiyah Al-Halimiyah atau lebih dikenali sebagai Pondok Pak Ya di Kedah.

Seterusnya, pada hari kedua lawatan, pelajar-pelajar dibawa melawat Maahad Tahfiz Intan di Sungai Petani sebelum diteruskan lagi dengan menuju ke Sekolah Rendah Agama Al-Ansar di Balik Pulau, Pulau Pinang. Pelajar-pelajar turut dibawa melawat ke Bukit Bendera dan juga menara KOMTAR. Lawatan seterusnya bergerak ke Perak untuk melawat beberapa lagi pusat pendidikan dan tempat menarik di sana termasuk Maahad Al-Quran Wal Qiraat Addin di Perak.

Lokasi terakhir lawatan menuju ke Cameron Highland bagi memberi peluang kepada semua pelajar dan guru pengiring menghirup udara segar setelah mengharungi perjalanan yang memenatkan. Keadaan jalan sepanjang 3 hari 2 malam juga agak sesak memandangkan cuti sekolah yang baru sahaja bermula. Bas yang membawa pelajar tiba di perkarangan MTT sekitar jam 2 pagi hari Ahad.

Semoga Qudwah berpuas hati dengan lawatan yang telah dianjurkan ini. Pihak MTT juga berharap agara Qudwah MTT terus memberi yang contoh teladan yang baik kepada pelajar dan masyarakat samada didalam mahupun diluar persekitaran sekolah.

Barisan Qudwah bergambar di Bukit Bendara

Barisan Qudwah bergambar di Bukit Bendara

Barisan Qudwah bergambar di Bukit Bendara

Barisan Qudwah bergambar di Bukit Bendara