Lawatan Puan Hajjah Habsah Hassan ke MTT

Assalamualaikum….

Pada hari sabtu, bersamaan 19 April 2014, Maahad Tahfiz Waltarbiyyah Darul Iman (MTT) telah didatangi seorang insan seni yang berbakat besar iaitu Puan Hajjah Habsah Hassan. Beliau telah banyak menghasilkan lirik-lirik yang mempunyai variasi dan keindahan tersendiri. Antara hasil karya beliau yang pernah memenangi anugerah besar adalah Merisik Khabar, Salam Terakhir, Menaruh Harapan, Pulangkan dan Warkah Buatmu Laila.

Puan Hajjah Habsah Hassan & Suami dalam kunjungan ke MTT

Puan Hajjah Habsah Hassan & Suami dalam kunjungan ke MTT

Alhamdulillah, hasil perbincangan dengan Cikgu Abdullah Embong yang merupakan Ketua Jabatan Fisabilillah MTT, kunjungan tersebut berjaya direalisasikan. Tujuan utama beliau ke MTT bukanlah untuk mempromosikan karya terbaru beliau tetapi untuk melihat dan mengenali MTT dengan lebih dekat.

Beliau tiba di MTT pada jam 1.30 petang bersama suami dan seorang iparnya.. Ketibaan beliau disambut Cikgu Abdullah Embong dan kakitangan Fisabilillah seperti Encik Che Mohd Firdaus, Encik Ajmain Ali dan Encik Ahmad Izzuddin bin Yusof.

Seterusnya, Puan Hajjah Habsah Hassan atau lebih mesra dengan sapaan Kak Chah dibawa menjamu makan tengahari sambil berbicara lebih lanjut mengenai Maahad Tahfiz Waltarbiyyah Darul Iman, sistem pendidikan, konsep pengajian dan sejarah lampau MTT.

Beliau kemudiannya dibawa meninjau persekitaran MTT sambil diiringi Ustaz Haji Muzaihar Kamal (Mudir MTT), Cikgu Abdullah Embong (Ketua Jabatan Fisabilillah), Cikgu Siti Nadzirah Mohd Aziz (Pendaftar MTT) dan beberapa kakitangan lain. Beliau turut dibawa melihat kerja-kerja pembinaan tangga masjid dan kawasan sekitar masjid.

Puan Hajjah Habsah Hassan ebrsama Warga Kerja MTT

Puan Hajjah Habsah Hassan ebrsama Warga Kerja MTT

Akhir sekali, Mudir MTT merakamkan ucapan terima kasih atas kunjungan dan sumbangan yang dihulurkan. Semoga Allah memberkati dan merahmati hidup beliau sekeluarga. Amin.

Sila tinggalkan Komen Anda.... Terima Kasih

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s