Kunjungan Pesantren Al-Fatah ke MTT

Kiyai Haji Yakhsyallah menyampaikan ucapan

Kiyai Haji Yakhsyallah menyampaikan ucapan

Alhamdulillah… Maahad Tahfiz Waltarbiyyah Darul Iman (MTT) terus menerima pelawat dari dalam dan luar negara. Kini, giliran Pesantren Al-Fatah dari Lampung, Sumatera Barat, Indonesia membuat kunjungan mesra ke MTT pada hari Sabtu, 19 April 2014. Pesantren Al-Fatah merupakan sebuah institusi pendidikan yang menawarkan pengajian dalam pelbagai bidang sehingga ke peringkat universiti. Mereka sebelum itu telah mengunjungi Y.A.B. Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat dan juga Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Seramai 40 orang ahli rombongan yang diketuai oleh Kiyai Haji (KH) Yakhsyallah Mansur tiba di perkarangan MTT sekitar jam 12.20 tengahari. Mereka disambut mesra oleh warga MTT termasuk Ustaz Muzaihar Kamal, Ustaz Awang Embong dan warga kerja MTT yang lain.

Dalam pertemuan hampir 40 minit itu, Ustaz Haji Muzaihar Kamal bin Mustapa Kamal selaku Mudir MTT memberi penerangan ringkas mengenai sejarah Institut Berakan (IB) dan MTT. Ini termasuk peristiwa hitam yang telah berlaku pada tahun 1991 yang menyaksikan bangunan Institut Berakan telah dirobohkan. Selain itu, beliau juga berkongsi maklumat mengenai sistem pendidikan dan kokurikulum yang diamalkan di MTT.

Ucapan Mudir MTT

Ucapan Mudir MTT

Kiyai Haji Yakhsyallah Mansur yang mewakili Mudir Pesantren Al-Fatah, Ustaz Sholehuddin mengucapkan terima kasih diatas layanan dan sambutan yang diberi oleh pihak pengurusan MTT. Beliau turut menyampaikan salam daripada Mudir Pesantren, yang tidak dapat turut serta dalam lawatan tersebut. Dalam ucapan ringkasnya, beliau berharap agar institusi pendidikan yang memperjuangkan agama Allah terus mendapat tempat dikalangan masyarakat dan mampu bersaing setaraf dengan institusi pendidikan kebangsaan. Setelah menjamu selera, ahli rombongan dibawa ke Masjid Tok Jiring yang terletak dibelakang bangunan MTT untuk menunaikan solat.

Semoga dengan pertemuan singkat ini akan membuka peluang untuk kerjasama yang lebih erat diantara kedua-dua institusi ini pada masa yang akan datang. Kami di MTT juga mendoakan agar warga kerja Pesantren Al-Fatah supaya dipermudahkan urusan mereka dalam melahirkan generasi cintakan al-Quran dan ajaran Allah s.w.t.

Advertisements

Sila tinggalkan Komen Anda.... Terima Kasih

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s