Kuasai Dwi Bahasa Melabuhkan Tirai.

TAHNIAH! DAN SYABAS! pada semua warga MTT yang bertungkus lumus menjayakan program Kuasai Dwi Bahasa [Klik untuk mengetahui Apa Itu K2B] yang bermula secara rasminya pada 6 April 2014 yang lalu dan berakhir pada 30 April 2014.

Uniknya, program ini dikelolakan oleh pelajar tahun akhir MTT sambil dibantu oleh guru-guru sebagai penasihat.Konsep kepimpinan yang diterapkan sama seperti peringkat pengajian di Matrikulasi, Kolej dan Universiti dimana pelajar perlu bergiat aktif dan mampu menguruskan sesuatu program secara professional.

Hasil yang dapat dilihat selepas sebulan program ini berlangsung, ia mampu mencungkil bakat terpendam dalam diri pelajar itu sendiri. Sekaligus memberi persediaan awal kepada mereka sebelum meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Lebih penting dari itu, mereka telah menonjolkan ciri-ciri kepimpinan dalam diri mereka. “ANAK MUDA PADA HARI INI MERUPAKAN CERMINAN NEGARA DIMASA HADAPAN”.

Pada sessi pagi, majlis dimulakan dengan persembahan dari pelajar menengah rendah (Tahfiz Khas, Tingkatan 1 dan Tingkatan 2). Manakala persembahan pelajar tingkatan 4 dan 5 bermula selepas waktu rehat. Majlis penyampaian hadiah diadakan selepas waktu Zohor. Hadiah-hadiah disampaikan oleh Ustaz Dr Abu Bakar bin Abdullah, selaku Pengerusi Yayasan Kebajikan Pembangunan Pendidikan Negeri Terengganu (YAKEP).

Kelas 1 Imam Hamzah memenangi tempat pertama bagi kategori Menengah Bawah, manakalah bagi kelas menengah atas dimenangi oleh kelas 4 Imam Ibnu A’Amir.

InsyaAllah, program sebegini akan diteruskan bagi melahirkan pelajar yang mampu menguasai lebih dari satu bahasa. Selain itu, ia juga melatih pelajar untuk menguruskan program secara professional dan teratur. InsyaAllah, dengan izin Allah……

Gambar akan dimuat naik di : https://www.facebook.com/mttdaruliman