Kemeriahan Sambutan Hari Guru MTT 2014

Hari Guru MTT 2014 (v2)

Alhamdulillah… Dengan izin Allah s.w.t, sambutan Hari Guru peringkat Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman berjaya dianjurkan pada 25 Mei 2014 yang lalu. Majlis tersebut dirasmikan oleh Ustaz Dr Abu Bakar bin Abdullah yang merupakan Pengerusi bagi Yayasan Kebajikan Pembangunan Pendidikan Negeri Terengganu atau ringkasnya YAKEP.

Sebelum acara rasmi bermula, beberapa acara sukaneka telah diatur seawal jam 8.30 pagi. Antara acara yang dipertandingkan bagi kategori muslimin adalah : (i) Pertandingan Tolak Kereta, (ii) Bawa Motorsikal Lambat (iii) Bawa Getah Dengan Straw dan (iv) Rembat Bola Ke Lubang Banner. Acara bagi muslimat pula adalah (i) Mengupas Buah Epal, (ii) Mengasingkan Rempah Ratus, (iii) Bawa Bola Pingpong Dalam Sudu dan (iv) Lari Berpasangan. Suasana meriah dapat disaksikan apabila pelajar-pelajar bersorak memberi semangat kepada guru dan rakan-rakan mereka yang turut serta dalam acara yang dipertandingkan.

Pemenang bagi acara Muslimin adalah menjadi milik Ustaz Saiful dan Ustaz Abdullah Zubair bagi acara Bawa Getah Dengan Straw, Cikgu Baihaki (Motorsikal Lambat), Ustaz Kamarul (Rembat Bola Ke Lubang Banner. Manakala bagi acara Tolak Kereta dimenangi oleh pasukan guru menewaskan pasukan pelajar. Kategori Muslimat pula menyaksikan Ustazah Wan Salwa memenangi dua acara iaitu Mengasingkan Rempah Ratus dan Lari Berpasangan bersama Jalilah Badriah, pelajar muslimat MTT. Turut membawa pulang hadiah adalah Ustazah Widawati bagi pertandingan Mengupas Buah Epal dan Cikgu Wan Sabariah bagi acara Membawa Bola Pingpong Dalam Sudu.

Selain sukaneka, majlis turut diisi dengan penyampaian Anugerah kepada guru-guru yang dan kakitangan yang sentiasa gigih dalam mendidik anak-anak pelajar supaya menjadi insan yang berjaya didunia dan diakhirat. Berikut adalah penerima anugerah bagi Hari Guru MTT 2014 : (Gambar, Klik Disini)

Anugerah Jasamu Dikenang :
Ustaz Mohamad Yaakob (Mantan Pengetua Institut Berakan)

Anugerah Tokoh Guru :
Cikgu Siti Nadzirah Mohd Aziz

Anugerah Guru Harapan :
Cikgu Mohd Ishamuddin Ishak
Cikgu Saliza Ismail

Anugerah Kakitangan :
Puan Rohaida Ismail.

Majlis tersebut diselangselikan dengan penyampaian hadiah acara sukaneka, cabutan bertuah dan pertunjukan slide dari pelajar dan juga bekas pelajar MTT yang kini berada jauh diperantauan. Video-video tersebut boleh disaksikan di YouTube MTT.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang bertungkus lumus menjayakan majlis Sambutan Hari Guru MTT 2014 terutamanya Jabatan Pengorganisasian Pelajar (JPP) yang telah menyusun atur jawatankuasa pelajar sambil dibantu oleh guru-guru yang berkemahiran dalam bidang masing-masing.

Advertisements

One comment on “Kemeriahan Sambutan Hari Guru MTT 2014

Sila tinggalkan Komen Anda.... Terima Kasih

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s