Lawatan Warga Pendidik Dari Singapura

Assalamualaikum…

Pada pagi ini, bertarikh 8 Jun 2014 (Ahad), Pihak Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman telah menerima kunjungan para pendidik dari Singapura. Rombongan berjumlah 25 orang guru dan ustazah dari Singapura itu tiba di perkarangan MTT pada jam 9.15 pagi. Ketibaan mereka disambut mesra oleh Ustazah Norlela dan beberapa orang guru lain yang turut hadir meraikan mereka.