Al Fatihah Ustaz Abu Bakar bin Chik.



Dukacita dimaklumkan bahawa, Ustaz Abu Bakar Chik meninggal dunia dalam kemalangan yang berlaku di Lebuh raya Pantai Timur, pagi ini.
Jenazah beliau akan disolatkan di Masjid Tok Jiring di Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman pada jam 5.00 Petang, 23 Jun 2014.

Allayarham merupakan anak kelahiran Kg. Masjid Tepoh, Kuala Terengganu. Beliau dilahirkan pada 18 Ogos 1950. Beliau telah mendirikan rumah tangga bersama dengan To’ Puan Zaitun Binti Salleh dan dikurniakan 8 orang zuriat iaitu 5 lelaki dan 3 perempuan.

Beliau mempunyai erkelulusan Ijazah Master Pengajian Islam, Open Universiti Malaysia (OUM) pada tahun 2011-2012; melawat sambil belajar Bahasa Arab di Jami’ah Afriqiyyah Alamiyyah (1995-1996); melawat sambil belajar Bahasa Inggeris di Fort Wayne Community College, Indiana, USA (1987-1988); dan Ijazah Sarjana Muda (Hons) Pengajian Islam (Syariah) serta Diploma Pendidikan UKM (1973-1977).

Antara pengalaman kerja beliau adalah :

  • 1977 : Pengasas Institut Berakan (IB) bersama beberapa rakan beliau yang lain)
  • 1982 – 1986 : Wakil Rakyat (ADUN Jeram), Terengganu
  • 2004 – Kini : Pengerusi Maahad Tahfiz Wal Tarbiyah Darul Iman (MTT)

Allayarham turut menulis beberapa buah buku sepanjang hidup beliau. Antaranya :

    • 1987 : Individu Muslim Dan Jamaah Islam – Angkatan Edaran Sdn BhdM
    • 1998 : Ketahanan Gerakan Islam – Ilmu Amal Sdn Bhd
    • 1999 : Al Hizbul Islami Al Malizi (Bahasa Arab) – Darul Biarak, Beirut, Lubnan
    • 2007 : Pilihanraya: Satu Tuntutan Jihad – Pustaka Damai, MTT.

2011 : PAS 60 Tahun – Pustaka Damai, MTT.

    • 2013 : Negara Berkebajikan Menurut Pandangan Syed Qutb – Pustaka Damai, MTT

 

Advertisements
By mttdaruliman Posted in Uncategorized

Sila tinggalkan Komen Anda.... Terima Kasih

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s