Sheikh Dr Mohamad Mahmud Siyam & Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang Ziarah Pusara Ustaz Abu Bakar Chik

Pada Jumaat 11 Julai 2014, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (TGHA) meluangkan masa melawat pusara Almarhum Ustaz Abu Bakar Chik sebaik sahaja selesai menunaikan solat jumaat. TGHA awal-awal lagi sudah menyatakan hasrat untuk menjenguk almarhum Ustaz Abu Bakar Chik buat kali terakhir sebaik mengetahui berita mengenai pemergian sang Murabbi pada 23 Jun 2014 yang lalu, namun, kesihatan beliau pada ketika itu tidak mengizinkan.

Alhamdulillah, Allah telah permudahkan urusan beliau untuk menziarahi dan solat jenazah untuk almarhum yang dikebumikan di Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman. (MTT).

Sehari sebelum itu, pada 10 Julai 2014, kediaman keluarga Almarhum Ustaz Abu Bakar Chik telah menerima kunjungan dari Sheikh Dr Mohamad Mahmud Siyam. Beliau merupakan bekas Imam Masjid Aqsa. Beliau juga pernah mentahqiq buku almarhum Ustaz Abu Bakar Chik ketika di Sudan suatu masa dahulu.

Beliau sempat berbuka puasa bersama beberapa orang guru dan kakitangan MTT sebelum menunaikan solat Maghrib di Masjid Jamek Tok Jiring dan menyampaikan sedikit tazkirah sebelum meneruskan program beliau di Terengganu.

Gambar-Gambar Lain :

Ziarah Tuan Guru Hj Abdul Hadi Ke Pusara Ustaz Abu Bakar Chik.

Sheikh Dr Mohamad Mahmud Siyam Ziarah Pusara Ustaz Abu Bakar Chik