Iftar Jami’e & Majlis Pecah Tanah

Asslamualaikum…. Alhamdulillah, pada 15 Julai 2014, Majlis Pecah Tanah Pembinaan Markaz Tahfiz Orang Kelainan Upaya (OKU) Penglihatan telah berjaya disempurnakan.

Simbolik kepada acara tersebut telah dilakukan secara bersama oleh Ustaz Dr Abu Bakal Abdullah selaku Yang Dipertua Yayasan Kebajikan Dan Pembangunan Pendidikan Terengganu (YAKEP), Encik Abdul Hadi Mohamad (Ketua Pembangunan MTT), Mohamad Faisal Che Yusof, Presiden Pertubuhan Cacat Penglihatan Islam Semalaysia (PERTIS), Ustaz Haji Muzaihar Kamal bin Mustapa Kamal (Mudir Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman) dan Encik Azhan Atan sebagai orang yang memulakan perbincangan mengenai Tahfiz OKU Buta ini bersama Allahyarham Ustaz Abu Bakar bin Chik.

Pada hari yang sama turut diadakan Iftar Jami’e di Masjid Jamek Tok Jiring bersama penduduk setempat. Persiapan program pada hari tersebut telah dibuat sejak awal pagi dengan penglibatan masyarakat setempat sambil dibantu guru dan kakitangan yang berkelapangan. Turut sama membantu adalah pelajar Tingkatan 4 yang diberi pengecualian kelas untuk program pada hari tersebut.

Terima Kasih diucapkan kepada semua pihak yang sama-sama terlibat dan membantu dalam menjayakan program tersebut. InsyaAllah, pihak kami masih memerlukan sumbangan dari saudara/i sekalian untuk menampung kos pembinaan bangunan tersebut.

 

Sumbangan Boleh Disalurkan ke :
MAYBANK: 5630 6412 7667 atas nama MAAHAD TAHFIZ WAL TARBIYYAH

Sebarang pertanyaan sila rujuk :
Cikgu Abdullah Embong
013 9898267
abdi_em@yahoo.com