Projek Pembinaan Rumah Guru di MTT.

Alhamdulillah, pihak pengurusan MTT telah bersetuju untuk membina Rumah Guru didalam Kompleks MTT. Sehubungan dengan itu, pada 30 dan 31 Ogos yang lalu, beberapa orang guru dan kakitangan MTT telah sama-sama memindahkan kayu kayan dari rumah keluarga Pengerusi Eksekutif MTT, Cikgu Safinah binti Jusoh di Batu Rakit untuk diwakafkan untuk pembinaan rumah guru di MTT.