Muktamar Pas Pusat Ke 60

Alhamdulillah, telah selesai MUKTAMAR TAHUNAN PAS KE-60 yang berlangsung di negeri Johor pada 18-20 September baru-baru ini. Seperti tahun-tahun sebelumnya, skuad Fisabilillah MTT juga turut serta untuk membuka gerai jualan dan pameran di Muktamar tersebut.

Geai FSB di Muktamar 17092014

Skuad yang terdiri daripada guru dan kakitangan MTT itu bertolak seawal jam 7.45 pagi 17hb menuju ke tapak muktamar. Gerai Fisabilillah yang terletak di kawasan pintu keluar masuk perwakilan berjaya menarik ramai pengunjung dengan bantuan promosi dari petugas yang sentiasa komited dalam meneruskan legasi perjuangan Almarhum Ustaz Abu Bakar Chik.

Petugas Gerai Fisabilillah MTT sedang melengkapkan maklumat pewakaf.

Petugas Gerai Fisabilillah MTT sedang melengkapkan maklumat pewakaf.

Jualan Lot Tanah Wakaf menjadi tumpuan para pengunjung yang tidak ketinggalan mewaqafkan sebahagian daripada wang mereka untuk kemajuan dan kepentingan institusi pendidikan dan juga penyebaran dakwah islam di MTT. Selain jualan lot tanah wakaf, pelbagai barangan lain turut dijual seperti buku-buku hasil karangan Almarhum Ustaz Abu Bakar Chik, Ustaz Abu Bakar Abdullah, Dr Hamdan Mohammad dan pelbagai lagi buku-buku yang dikeluarkan oleh PUSTAKA DAMAI MTT.

Kunjungan Presiden Pendidik, Cikgu Mala

Kunjungan Presiden Pendidik, Cikgu Mala

PSumbangan dari NGO Pendidik

Paling menarik perhatian adalah pameran dan tayangan video mengenai Almarhum Ustaz Abu Bakar Chik. Nyata, aura yang ditinggalkan pemimpin yang digelar Bapa Pendidikan PAS itu masih segar dalam ingatan kita. Sedekahkan al-Fatihah untuk almarhum, semoga beliau tenang disana.

GAMBAR-GAMBAR LAIN

Advertisements

Sila tinggalkan Komen Anda.... Terima Kasih

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s