Rangkuman 22/10/2014 ~ 30/10/2014

Alhamdulillah… walaupun sessi persekolahan bagi tahun 2014 menuju ke penghujungnya. Namun, beberapa program telah diatur rapi untuk semua pelajar memastikan waktu persekolahan mereka dimanfaatkan sebaik mungkin dalam bidang akademik, kerohanian dan softskill. Selain itu , persediaan peperiksaan akhir tahun juga sedang giat diatur.

Kursus Pengurusan Jenazah 26 (20102014)

Sebahagian pelajar masih terlibat dengan Peperiksaan Tahriri dan Syafawi al-Quran. Bagi pelajar lepasan PT3 mereka banyak terlibat dengan program-program yang mengasah kemahiran mereka selain dari keperluan akademik dan hafazan mereka yang tidak dilupakan. Mereka telah terlibat dengan KURSUS PENGURUSAN JENAZAH, PROGRAM MEMASAK BUBUR ASYURA, GOTONG ROYONG PERDANA. Mereka juga akan terlibat dengan beberapa program mendatang seperti KURSUS PENYEMBELIHAN AYAM, KURSUS KEWARTAWANAN dan KURSUS KERJAYA. Semoga semua perancangan yang diatur dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

DSCN0616 IMG_20141029_134631 IMG_20141029_130818

Bagi pelajar SPM pula, mereka terlibat dengan program SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASIN pada setiap pagi. Selain itu, kursus-kursus persediaan SPM dan masa hadapan juga telah diatur termasuk KURSUS MOTIVASI, KELAS INTENSIF SPM dan juga CERAMAH KERJAYA untuk membantu mereka menilai halatuju mereka selepas ini.

Program-program lain yang telah dianjurkan sepanjang minggu lalu adalah seperti PERTANDINGAN AKHIR ANUGERAH JUARA NASYID & JAMUAN ASRAMA, JAMUAN AKHIR TAHUN MTT 2014 dan JAMUAN KEPIMPINAN QUDWAH & PERMATA

Selain itu, Pihak MTT juga telah mengadakan TEMUDUGA PENGAMBILAN PELAJAR 2015 yang pertama pada 25 Oktober 2014 yang lalu yang menyaksikan sambutan baik dari ibu bapa dan pelajar yang berminat untuk mendaftar masuk ke MTT bagi sessi akan datang. InsyaAllah… Semoga diberi kemudahan kepada semua yang cintakan ilmu dan pengajian Al-Quran.