Sekitar Penyerahan Keputusan PT3 2014
Alhamdulillah… keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) telah dikeluarkan pada 22 Disember 2014 yang lalu. Alhamdulillah, walaupun berlaku sedikit penurunan berbanding 2013 yang pada ketika itu dikenali sebagai Penilaian Menengah Rendah (PMR), MTT berjaya mencatatkan pelajar terbaik dengan keputusan 6A iaitu Fakhrul Islam bin Yaacob (+3 Juzuk) dan Nurul Aishah binti Mohamad Fadzly (+13 Juzuk). Manakala majoriti pelajar lain mendapat 5A dan 4A. Alhamdulillah dan syabas diucapkan. Semoga terus cemerlang dan mampu menamatkan hafazan anda semua.