Program Dapur Rakyat MTT
03 Januari 2015, seawal jam 6.30 pagi, sebahagian besar warga Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) telah bersama-sama berkumpul di perkarangan MTT untuk Program Dapur Rakyat MTT untuk membantu membersihkan Pondok Sungai Durian (PSD) dan mengagihkan makanan kepada mereka yang terjejas banjir disana.
Mereka terdiri daripada para guru, kakitangan, pelajar dan lepasan pelajar MTT sama-sama turun membantu meringankan beban yang ditanggung mereka. Alhamdulillah, perjalanan yang lancar membantu kami tiba lebih awal dari yang dijangkakan iaitu sekitar jam 11.15 pagi. Sebagai maklumat, PSD telah ditubuhkan pada 4 Jun 1958 bersamaan 10 Safar 1378H oleh al-Marhun Tuan Guru Haji Abdul Rahman bin Sulaiman.

Bersama Dr. Abdul Basit bin Abdul Rahman
Operasi pembersihan dan pengagihan makanan dilakukan secara bersama dengan warga kerja lain yang turut sama hadir membantu warga di Pondok Sungai Durian. Program Dapur Rakyat MTT mengundur diri sekitar jam 4.00 petang.
InsyaAllah, doa kami di MTT agar PSD akan terus maju disebalik ujian yang melanda. Masih banyak yang perlu dibantu dalam usaha baik pulih bangunan dan persekitaran di PSD Sebarang sumbangan untuk pembangunan semula PSD, boleh rujuk :