Pertemuan Ringkas Bersama Ustaz Rafiq (AFMY)

Alhamdulillah… pagi ini kami di Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) menerima kunjungan tetamu dari Sri Lanka, al-fadhil Ustaz Rafiq untuk menziarahi keluarga dan pusara al-marhum Ustaz Abu Bakar Chik. Beliau merupakan antara pengasas Asian Federation of Muslim Youth bersama seorang yang digelar beliau sebagai Great Leader iaitu almarhum ustaz Abu Bakar Chik.

IMG_20150111_102138

Cetusan idea untuk mewujudkan AFMY timbul apabila memikirkan kepentingan gerakan pemuda islam Asean dan mengembangkan sifat brotherhood atau muslim ummah. Perkenalan beliau bersama almarhum sejak lebih 15 tahun dulu memberi fokus untuk mengembangkan suara dan seruan Islam dengan lebih rancak di peringkat antarabangsa.

Dengan permasalahan, isu dan gambaran situasi yang berbeza dialami di serata benua antarabangsa, mereka merasakan perlunya satu organisasi bertindak untuk di peringkat Asia yang mempunyai ciri dan komposisi kemasyarakatan yang hampir sama antara sesebuah negara. Dengan pengaruh yang dimiliki oleh almarhum di beberapa negara terutamanya di Asia Tenggara, nama almarhum Ustaz Abu Bakar terus sinonim negara Malaysia dan aktiviti-aktivi yang dilaksanakan dan program-program yang dilaksanakan turut mendapat sambutan antarabangsa.

kunjungan wakil afmy 1

Al-fadhil ustaz Rafiq turut menegaskan, sebagai sebuah markaz yang diasaskan oleh seorang model ummah yang disegani, beliau menegaskan sebagai pendidik, kita tidak hanya terhad kepada modul mengajar, tetapi juga sebagai pemandu arah, pemberi bimbingan, contoh tarbiyyah dan ibadurrahman kepada pelajar-pelajar.

Sebagai maklumat tambahan, al-fadhil ustaz Rafiq juga antara individu yang terlibat engineer dalam pembinaan MTT dan Masjid Jamek Tok Jiring yang kini tersergam didalam Kompleks MTT. InsyaAllah… semoga ukhuwah dan persahabatan yang dijalin bertahun lamanya diteruskan oleh legasi kepimpinan baru AFMY dan juga MTT.