Selesai Pendaftaran & Taaruf Pelajar Baru Sessi 2015
Alhamdulillah… hari ini, 11 Januari 2015 bermulalah secara rasmi sessi pembelajaran bagi tahun 2015. Selamat datang diucapkan kepada semua pelajar baru Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) dan Selamat Kembali kepada pelajar la.
Tahun demi tahun, permohonan untuk ke MTT semakin meningkat. Pendaftaran pelajar baru berlangsung dengan baik walaupun cuaca agak mendung dan hujan renyai membasahi bumi MTT. Syukur, semua yang dirancangkan berjalan lancar. Dalam usaha mendekatkan pihak sekolah dengan ibu bapa, satu slot khas bersama ibu turut diadakan.
Pelbagai program disusun atur bagi pelajar-pelajar baru MTT bagi mendekatkan mereka dengan suasana, persekitaran dan guru-guru di MTT. Antaranya Asrama Dihatiku, Riadah, Kenali Persekitaran MTT, Taklimat Jabatan & Bahagian di MTT dan aktiviti lain yang berkaitan. InsyaAllah. Semoga mereka pelapis generasi huffaz dimasa akan datang, biiznillah.