Perhimpunan & Pelancaran Program
Seperti yang dirancangkan pada tahun 2014, setiap hari Selasa, minggu ketiga setiap bulan akan diadakan perhimpunan kokurikulum di Padang MTT. Pada 20 Januari 2015 yang lalu, perhimpunan kokurikulum pertama telah diadakan.
Dalam program tersebut, Ustaz Zahib bin Mohd Zain telah diberi mandat untuk pemeriksaan perbarisan Unit Amal dan Nisa’ MTT sambil diiringi Ustaz Muzaihar Kamal dan Ustaz Shaiful Ambia di padang MTT.
Dalam perhimpunan tersebut juga telah diadakan pelancaran beberapa program iaitu program Jabatan Fisabilillah, Pelancaran Tabung Di Premis Perniagaan Fasa II, Kempen Makanan Sunnah dari Jabatan Tahfiz dan juga Pelancaran Kokurikulum MTT 2015.
Untuk makluman, Program Tabung di Premis Perniagaan Fasa I telah dimulakan pada tahun 2014 dengan tumpuan sasaran adalah premis perniagaan di sekitar Kuala Terengganu dan premis perniagaan milik penjaga pelajar MTT. Alhamdulillah, respon yang diterima dari pemilik premis dan pelanggan sangat baik. Diharapkan, dengan penambahan tabung bagi Fasa II ini diharap dapat membantu meningkatkan dana yang diperlukan untuk program pembangunan dan kebajikan di MTT. Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif MTT, Cikgu Safinah binti Jusoh.