Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) MTT

Alhamdulillah, selesai sudah Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) yang melibatkan Ketua, Penolong Ketua dan Setiausaha Qudwah, Permata, AJK Asrama dan semua kelas dari Tahfiz Khas hingga Tingkatan 5. Ia bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai organisasi dan bidang kesetiausahaan.

10374006_585030358299395_5611717832530082995_n

Kursus yang dijadualkan berlangsung pada 28 Januari 2015 itu telah melibatkan hampir 80 orang peserta dan dikendalikan oleh saudari Wan Zahra Mardhiyah binti Wan Mohd Khidzar atau lebih ramah disapa dengan panggilan Zara. Beliau merupakan pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Pembangunan Perisian) di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Bercakap mengenai kesetiausahaan, beliau pernah menjadi Setiausaha Persatuan Fakulti Informatik dan Komputeran (2012), Setiausaha Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA (2014) dan Setiausaha Pertubuhan Sukarelawan Siswa UniSZA (2015). Beliau juga pernah menyandang jawatan Exco Komunikasi dan Hubungan Luar MPP UniSZA pada 2013.

10947352_585030714966026_8695546856090487511_n

Kursus dua jam itu telah dilangsungkan di Dewan Seminar Masjid Jamek Tok Jiring telah dibahagikan kepada dua slot iaitu taklimat berorganisasi dan juga kesetiausahaan. Bahagian kedua pula memerlukan pelajar melakukan aktiviti berkumpulan berkaitan taklimat yang telah diberikan pada slot yang pertama. Alhamdulillah, pelajar menunjukkan kerjasama dan pembentangan dengan baik.

1555436_585361308266300_1282736267685299823_n

Pihak MTT merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada saudari Zara atas kesudian beliau mengendalikan program KPO pada kali ini walaupun jadual beliau yang agak sibuk dengan aktiviti persatuan dan persiapan untuk menghadapi latihan industri di eNCoral Digital Solution Sdn Bhd pada Februari 2015 nanti. Kami di MTT semoga diberikan kejayaan dalam bidang yang diceburi di dunia dan di akhirat, InsyaAllah…. Amin.

kpo

GALERI GAMBAR : KLIK