Kuasai Dwi Bahasa, Gotong Royong Perdana dan Kunjungan Dr Ann Wan Seng.
Begitu pantas masa berlalu, kini kita sudah memasuki bulan kedua sessi persekolahan 2015. Gerak kerja dan program-program di Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah makin rancak digerakkan mengikut takwim tahunan yang dirancangkan (Rujuk Disini). Bagi pelajar PT3 dan SPM, mereka bakal menduduki Ujian TOV pada dua minggu pertama bulan Februari.
Jika anda masih ingat, program Kuasai Dwi Bahasa (K2B) (Rujuk Sini) buat julung kalinya telah dilaksanakan pada April 2014. Program tersebut akan diteruskan dan telah disempurnakan majlis perasmiannya pada 01 Februari yang lalu.
Antara objektif program ini untuk meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab melalui perkataan. Ia juga untuk memberi peluang kepada pelajar untuk menggunakan kedua-dua bahasa tersebut sebagai bahasa pengantara didalam program yang diadakan di MTT. Ia juga untuk membolehkan mereka berinteraksi dalam bahasa arab sesama rakan dan guru. Sekaligus, mampu menambah keyakinan didalam diri pelajar untuk berinteraksi menggunakan bahasa arab dan inggeris.. Manakala visi program K2B adalah untuk melahirkan Daie dan Ilmuwan Islam di peringkat antarabangsa seperti yang dicita-citakan oleh almarhum Ustaz Abu Bakar Chik.
Dalam usaha mencapai objektif dan visi program, beberapa perancangan telah dilaksanakan antaranya menjadikan hari Isnin sebagai hari untuk bertutur dalam Bahasa Arab dan hari rabu untuk Bahasa Inggeris. Untuk slot ini, skrip dalam kedua-dua bahasa akan disediakan untuk pelajar mengikut situasi dan keadaan tertentu. Tahap skrip ini akan berubah secara berperingkat mengikut tahap penguasaan pelajar dan tingkatan mereka.
Seperti juga tahun lalu, aktiviti seperti choral speaking / kalam jamaie, sketsa, nasyid, kosa kata dan pemasangan banner dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk memupuk minat pelajar.
Pada hari selasa, satu gotong royong perdana telah dilaksanakan pada jam 8.00 – 9.00 pagi. Program ini melibatkan semua pelajar dan guru untuk membersihkan kawasan MTT dengan pembahagian zon-zon tertentu yang telah dikawal selia oleh guru bertugas. Program ini bertujuan untuk mendidik dan memberi kesedaran tentang pentingnya untuk menjaga persekitaran tempat menuntut ilmu.