Perhimpunan Asrama & Persediaan Air 30 Juzuk.

IMG-20150207-WA0002[1]

07 Februari 2015, Alhamdulillah, dua program telah berlangsung pada hari ini iaitu, Perhimpunan Asrama dan Majlis Solat Hajat & Bacaan 30 Juzuk ayat al-Quran. Tumpuan dalam Perhimpunan Asrama pada minggu ini adalah watikah perlantikan Ketua Dorm dan Ahli Jawatankuasa Asrama bagi tahun 2015. Tahniah diucapkan kepada semua yang terpilih. Jalankanlah amanah yang diterima dengan sebaiknya dalam usaha mendapat keredhaan dari Allah S.W.T.

Manakala Majlis Solat Hajat & Bacaan 30 Juzuk al-Quran juga dibuat sejurus selepas perhimpunan asrama. Temui skuad Fisabilillah MTT​ untuk mendapatkan Air Bacaan 30 Juzuk, buku-buku terbitan Pustaka Damai serta jualan lot tanah wakaf di gerai-gerai jualan yang akan diwar-warkan dari semasa ke semasa. Boleh juga terus berhubung dengan pegawai-pegawai di Fisabilillah MTT.

En. Che Mohd Firdaus : 019-911 8372 (Setiausaha Jabatan Fisabilillah)