Rumah Kuning Muncul Juara SUKMAT 2015

logo

Kejohanan SUKMAT kembali untuk tahun 2015 yang berlangsung selama 4 hari bermula 8 hingga 11 Mac 2015 di Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT). Kejohanan tahun ini menampilkan beberapa acara menarik yang dibahagikan kepada peringkat Menengah Bawah (TK – T2) dan Menengah Atas (T3 – T5). Disebabkan faktor cuaca panas, kejohanan pada tahun ini dipanjangkan kepada 4 hari untuk menggantikan slot acara padang diwaktu petang ke waktu pagi.

20150310004951

Antara acara yang dipertandingkan kali ini adalah acara olahraga yang meeliputi larian 100m, lompat tinggi, lompat jauh lontar peluru dan beberapa sukan olahraga lain. turut dipertandingkan adalah ping pong, bola baling, bola jaring, takraw dan semestinya acara paling popular iaitu bola sepak. Selain aktiviti sukan pelajar, turut diadakan perlawanan melibatkan guru dan pelajar pada hari terakhir kejohanan.

Bola Baling Guru vs Pelajar

Kejohanan SUKMAT 2015 dimenangi oleh Rumah Kuning. “Bersyukur kepada Allah SWT kerana memberi kemenangan ini.Tahniah kepada rumah lain kerana memberikan saingan yg hebat. Tahniah infiniti kepada ahli rumah kuning atas kejayaan yg penuh ceria.Diharapkan kita dapat mengekalkan kemenangan tahun depan.Harapan yg meninggi semoga semangat kesukanan terus dibawa ke arena pembelajaran.Insya Allah dan tahniah dan syabas juga kepada semua jawatankuasa SUKMAT2015 dan warga MTT secara keseluruhannya”, kata penasihat sang juara, Cikgu Mohd Ishamuddin Ishak.

“SUKMAT 2015 diberi nafas baru oleh semua rumah sukan dengan penampilan yang lebih kreatif sewaktu perbarisan. Bakat yang dipamerkan itu diharap berterusan didalam bidang pengajian di kelas akademik dan juga hafazan” respon daripada Ustaz Mohd Khairul Nizam apabila diminta mengulas mengenai SUKMAT pada kali ini.

Mengakhiri bicara, Cikgu Mohd Azizan selaku pengarah SUKMAT 2015 menyampaikan ucapan terima kasih kepada AJK SUKMAT 2015 yang bertungkus lumus menjayakan sukan MTT untuk tahun ini. “Saya dengan rasa rendah diri memohon seribu kemaafan seandainya ada kekurangan. Sederap bersama transformasi SUKMAT dijana.” tambah beliau lagi.

20150310233427

Juara : Rumah Kuning
Naib Juara : Rumah Biru
Tempat Ke-3 : Rumah Merah
Tempat Ke-4 : Rumah Hijau.

GALERI GAMBAR : DISINI