Sekitar Ijtima’ Antarabangsa Perpaduan Ummah
Bersempena dengan program Ijtima’ Antarabangsa Perpaduan Ummah (IAPU) kali ketiga yang berlangsung di Rusila, Marang, Terengganu, warga kerja di Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman juga turut sama terlibat dalam kemeriahan program tersebut. Antaranya, Gerai Jualan Fisabilillah, penyediaan button peserta, perbarisan unit amal, persembahan Qasidah, menghadiri sidang dan aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan.
Program antarabangsa ini menarik ribuan pengunjung dari serata Malaysia dan juga negara lain. Ada antara mereka mengambil peluang menziarahi pusara almarhum Ustaz Abu Bakar Chik di Tok Jiring, Kuala Terengganu. Almarhum merupakan Pengarah Ijtima Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali Pertama & Kedua yang berlangsung sebelum ini. Lepasan pelajar juga turut sama mengambil peluang beramah mesra dengan guru-guru yang pernah mendidik mereka di MTT ini.
Hubungan kekeluargaan dan persahabatan yang erat ini tetap berterusan walaupun hampir setahun almarhum pergi meninggalkan kita.