Perhimpunan Pelajar 5 April 2015
Alhamdulillah, beberapa program telah disempurnakan dalam perhimpunan 5 April 2015 antaranya Pelancaran Pertandingan Penulisan Karya Kreatif dan Watikah Perlantikan Pengawas Buku Teks yang telah disempurnakan oleh mudir Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman, Ustaz Muzaihar Kamal bin Mustapa Kamal.
Pertandingan Penulisan Karya Kreatif adalah satu inisiatif untuk memberi peluang kepada pelajar mempamerkan bakat mereka dalam bidang penulisan kreatif untuk dimuatkan kedalam Majalah Al-Ikhwan. Majalah ini dijangka akan diagihkan dalam Majlis Haflatul Quran yang dijadualkan sekitar bulan Julai 2015 kelak. Beberapa kategori telah diperkenalkan untuk menarik minat dan mengasah bakat pelajar-pelajar MTT.
Turut diadakan pada hari ini adalah Watikah Perlantikan Pengawas Buku Teks yang dipengerusikan oleh Ketua Unit Buku Teks iaitu Cikgu Tengku Noriza bt Tengku Ibrahim. Dua orang pengawas dari setiap kelas telah dilantik untuk memastikan buku teks sentiasa dijaga dan berada dalam keadaan baik. Ia juga untuk mendidik pelajar supaya amanah dan menjaga harta benda dengan baik dan tidak ditinggalkan di merata-rata tempat.
Turut dilangsungkan pada majlis yang sama adalah Watikah Perlantikan Guru Muda dan Penyampaian Hadiah 3K yang dimenangi oleh kelas 1 Imam Ibnu Kathir (Menengah Rendah) dan 5 Imam Nafi’ bagi kategori Menengah Atas. Manakala bagi Kelas Harapan dianugerahkan kepada kelas 2 Imam ‘Asim.
Tahniah kepada semua