Ringkasan Suku Tahun 2015 Program MTT (Bah 1)

Alhamdulillah… syukur terhadap nikmat yang dikurniakan Allah SWT yang telah memberi keizinan untuk kita terus berjuang di bumi Allah Ta’ala ini. Tahun 2015 terus bergerak dari hari ke hari dan telah memasuki bulan April. Sepanjang 3 bulan pertama sessi persekolahan, pelbagai program telah disusun atur, khususnya kepada golongan pelajar di Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman. Tidak ketinggalan, beberapa program juga telah dijalankan khusus untuk guru dan kakitangan MTT dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan dan perkhidmatan kepada pelanggan kami iaitu pelajar dan ibu bapa sekalian.

1

Beberapa program yang melibatkan warga kerja MTT adalah Kursus Guru & Kakitangan – Team Building dibawah kendalian Akademik Sinergi pada pertengahan Disember 2015 dan Program Gerak Kerja Sosial Dapur Rakyat turut dibuat bertempat di Pondok Sungai Durian pada 3 Januari 2015. Program ini khusus untuk membantu membersihkan kawasan yang terjejas akibat banjir pada penghujung tahun 2014 lalu.

10904225_759307080804238_333456270_n

Bagi meningkatkan kualiti dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), kursus PdP bersama Mas’ul Akademik MTT Tuan Haji Mahmud bin Omar telah dilangsungkan di Dewan Seminar Masjid Jamek Tok Jiring pada 14 Februari 2015. Dua program rehlah juga telah dianjurkan pada bulan Februari yang lalu iaitu Rehlah Guru & Kakitangan MTT ke Cameron Higland diikuti Rehlah Keluarga YAKEP di Pondok Sungai Kenerong, Kampung Stong, Dabong, Kelantan pada 18 dan 19 Februari 2015.

AhmFeJLfLyrGPDkd13xkU2fznQF2ESAEVsDe62VSB_hZ

Sementara itu, pelajar juga telah terlibat dengan dua aktiviti utama setakat ini iaitu, Jambori Umum dan Sukan MTT 2015 (SUKMAT. Lokasi Jambori bagi tahun ini bertempat di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin. Kuala Terengganu pada 15 hingga 17 Februari 2015. Program ini telah melibatkan kesemua pelajar dengan pelbagai pengisian berbentuk kerohanian, jasmani, fizikal dan juga semangat setiakawan. Pada bulan Mac pula telah dilangsungkan Kejohanan SUKMAT 2015 iaitu pada 8 hingga 11 Mac 2015 di Padang MTT yang menyaksikan kejuaraan diraih oleh pasukan Kuning.

Selain program-program umum seperti usrah Qudwah, perjumpaan kokurikulum, gotong royong, liga asrama serta kuliah jumaat oleh mudir MTT, Ustaz Muzaihar Kamal Mustapa Kamal, beberapa program khusus turut dianjurkan. Antaranya :

ApWdlG-xGdy9kQp0h1uQPE_3U9oxNBZfJ-0UTb9p0K2o

    1. Team Building Kepimpinan MTT – 5-7 Januari 2015
    2. Kem Bestari Solat – 22 & 23 Januari 2015
    3. Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) dengan pengkhususan kepada Kesetiausahaan yang dikendalikan oleh mantan Setiausaha Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA Sessi 2013/2014, saudari Wan Zahra Mardhiyyah Wan Mohd Khidzar – 27 Januari 2015
    4. Pertandingan Daie Muda yang bermula pada 8 Februari 2015 dan dijangka berakhir pada 5 Jun 2015.
    5. Taklimat kerjaya dan peluang melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA) bagi pelajar SPM2014 – 4 Mac 2015
    6. Program Jiwa Murni oleh yang dirasmikan Ustaz Muhammad Majid – 24 Mac 2015.
    7. Perlawanan Persahabatan dengan Sekolah Menengah Islam Darul Bayan (SMIDB)– 28 Mac 2015
    8. Lawatan ke program Jom Masuk U di Kelantan – 29 Mac 2015.

20150310233427

InsyaAllah, Ringkasan Suku Tahun [Bah 2] akan menyusul.