Lawatan Penanda Aras Pengawas PERMATA ke Perpustakaan UniSZA
Alhamdulillah, telah berlangsung satu program Lawatan Penanda Aras Pengawas PERMATA MTT ke Perpustakaan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada 22 April 2015. Ketibaan rombongan berjumlah 40 orang berserta 3 orang guru pengiring itu disambut mesra oleh beberapa orang pegawai dan kakitangan Perpustakaan UniSZA.
Norulhuda Makhtar selaku Pustakawan Kanan, Perpustakaan UniSZA telah memberi taklimat kepada peserta rombongan di Auditorium Perpustakaan sebelum peserta dibawa meninjau ke seluruh kawasan perpustakaan bagi memberi mereka peluang melihat sendiri insfrastruktur dan kemudahan yang disediakan. Peserta kemudiannya turut diberikan taklimat ringkas mengenai cara menggunakan peralatan yang disediakan.
Diharapkan, dengan kunjungan ke Perpustakaan UniSZA ini mampu memberi pendedahan dan membuka minda mereka terutamanya mengenai perpustakaan dan tugas sebagai seorang pustakawan yang merupakan objektif utama program ini dijalankan. Program berakhir sekitar jam 11.00 pagi dengan penyampaian cenderamata dan sessi bergambar.
Seterusnya, Rombongan turut menuju ke Muzium Negeri Terengganu untuk Pameran Organ Manusia dan tiba semula di perkarangan MTT pada jam 4.00 petang selepas menunaikan solat di Taman Tamadun Islam.
Sementara itu, dalam program berasingan pada hari selasa, 21 April 2015, sekalung tahniah diucapkan kepada Cikgu Ahmad Nahri bin Abd Aziz serta Cikgu Siti Nadzirah binti Mohd Aziz yang telah dilantik sebagai Ketua Briged Amal MTT dan Ketua Briged Nisa’ MTT. Selamat maju jaya diucapkan diatas perlantikan tersebut.