Lawatan Kepimpinan Qudwah 2015

Alhamdulillah… Kepimpinan Qudwah bagi tahun 2015 telah berkesempatan mengunjungi beberapa buah institusi pendidikan dibawah  Kumpulan Maahad Al Tahfiz Wa Al Tarbiyyah (KMTT) pada hujung minggu yang lalu. Pelajar turut dibawa meninjau aktiviti yang sedang berlangsung di PetrosainsKuala Lumpur pada hari terakhir lawatan bersama beberapa orang guru pengiring termasuklah Ustaz Mohd Khairul Nizam dan Cikgu Siti Nadzirah.

sambutan MTTDE

Peserta bertolak dari perkarangan Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) pada hari Jumaat 24 April 2015 menuju ke Markaz Tahfiz Wal Tarbiah Darul Ehsan (MTTDE), Selangor dan dijadualkan untuk solat subuh di Masjid Jamek Bandar Kajang. Ketibaan peserta disambut meriah oleh warga pelajar di MTTDE. Kesempatan itu diisi dengan sessi ramah mesra dan berukhuwah bersama warga MTTDE. Peserta bersarapan pagi di MTTDE ebelum meneruskan lawatan ke Puchong.

20150427081926

Di Puchong, mereka mengunjungi Maahad Tahfiz Aman Bestari (MTAB) atau kini dikenali sebagai Maahad Tahfiz Vokasional Aman Bestari yang juga salah sebuah institusi yang bernaung dibawah KMTT. Di MTAB, peserta diberi peluang untuk turut serta dalam demonstrasi masakan selain meninjau kegiatan pelajar-pelajar di MTAB termasuklah bidang kulinari dan juga jahitan.

20150427074708

Destinasi seterusnya adalah Komples Al-Quran Sofiuddin di Klang (KOMTAS), Selangor. Perjalanan dimulakan kira-kira jam 4.30 petang daripada MTAB. Peserta diberi peluang untuk berehat dan mempersiapkan diri untuk menunaikan solat maghrib (jama’ taqdim). Selain daripada sessi suaikenal dan ramah mesra antara kedua-dua institusi, pihak KOMTAS juga telah mengadakan perlawanan persahabatan bagi acara ping pong sebagai mengukuhkan ukhuwah sesama mereka. Majlis penutup turut dilangsungkan di KOMTAS sebelum pelajar meneruskan sessi lawatan ke destinasi seterusnya.

20150427075244 (1)

Pada hari Sabtu, 26 April 2015, peserta bertolak ke Petrosains di Kuala Lumpur. Peluang yang diberikan kepada pelajar untuk mendalami keindahan dan kecanggihan teknologi yang ada di Petrosains. Selepas menunaikan solat Zohor di Pusat Islam dan makan tengahari, peserta bertolak pulang ke MTT.

20150427081928 (2)