Iftar Amal & Infaq

Alhamdulillah… bulan Ramadhan terus berlalu meninggalkan kita dari hari ke hari. Dalam usaha mengumpul Dana Kebajikan Guru & Kakitangan MTT, satu program Iftar Amal & Infaq bersama Imam Muda Fakhrurazi telah dianjurkan pada 10 Julai 2015 yang lalu. Program tersebut adalah anjuran dari Kelab Ithar MTT yang mana konsep jualan kupon telah dilaksanakan.

20150710051451 20150710062431

Kira-kira 200 orang tetamu telah bersama-sama dalam program yang bermula sekitar jam 5.30 petang. Program tersebut telah dilangsungkan di Dewan Seminar Masjid Jamek Tok Jiring. Turut hadir dalam program tersebut adalah Pengerusi Kelab Ithar, Ustaz Hasbullah Mamat, Ustaz Mohd Zahib Mohd Zin, jawatankuasa Ithar dan beberapa orang warga Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman yang lain.

20150713051718

Sementara itu, dalam majlis berbeza pada hari Ahad, 12 Julai 2015 telah diadakan upacara penyampaian hadiah bagi Pertandingan Kuiz, Menghafaz Hadith, dan hadiah Khatam Al-Quran sempena pengisian bulan Ramadhan. Manakala pada sebelah petangnya pula telah diadakan Majlis Berbuka Puasa bersama Takaful Ikhlas dan penyerahan sumbangan bagi pelajar terpilih.

20150713051747

InsyaAllah., sebagai makluman awal, Ihtifal Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) Dengan Kerjasama Kumpulan Ma’ahad Tahfiz Tarbiyyah Malaysia (KMTT) pada 30 Julai 2015 hingga 1 Ogos 2015 yang akan disempurnakan majlis perasmiannya oleh YB Dato’ Seri Abdul Hadi bin Awang.

20150713051719