Majlis Perasmian #IhtifalMTT2015 Oleh TGHA

Alhamdulillah… Ucapan syukur yang tidak terhingga kehadrat Allah SWT diatas keizinanNya untuk Majlis Ihtifal Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) Dengan Kerjasama Kumpulan Ma’ahad Tahfiz Tarbiyyah Malaysia (KMTT) – #IhtifalMTT2015 – berlangsung seperti yang dirancangkan. Program yang berlangsung selama 3 hari itu telah disempurnakan majlis perasmiannya oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (TGHA) yang juga merupakan Mursyid MTT.

11796435_668299359972494_3108106068640151652_n

Ketibaan TGHA ke perkarangan MTT sekitar jam 9.30 pagi disambut hebat dengan laungan takbir yang penuh bersemangat dari keseluruhan warga MTT. TGHA sempat beramah mesra dengan pengurusan tertinggi MTT sebelum bersama-sama ke Dewan Seminar Masjid Jamek Tok Jiring untuk majlis perasmian #IhtifalMTT2015 sekitar jam 10.00 pagi.

11811367_668300449972385_5373354463417031722_n

Majlis yang dipengerusikan oleh Cikgu Mohd Fadhlul Hadi bin Halmi dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan bacaan doa sebelum diteruskan dengan ucapan pengarah program, Ustaz Mohd Shaiful Ambia bin Darusa. Ucapan seterusnya adalah dari Pengerusi Kumpulan Ma’ahad Tahfiz Tarbiyyah Malaysia (KMTT) merangkap Yang DiPertua Yayasan Kebajikan (YAKEP), Ustaz Dr Abu Bakar bin Abdullah.

11223869_668305773305186_9023675985646923828_n

Majlis disusuli dengan ucapan dari Mursyid MTT Yang Berhormat Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada TGHA. Satu sidang media ringkas bersama TGHA turut diadakan dalam dewan tersebut. Selepas berakhir sessi dewan, TGHA dibawa melawat galeri pameran dan sejarah Institut Berakan / Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT).

11143586_668307263305037_9180157690700062871_n

Mengakhiri majlis, TGHA menurunkan tandatangan pada banner khas pameran IB/MTT sebagai simbolik majlis perasmian #IhtifalMTT2015 sekitar jam 11.40 tengahari. #IhtifalMTT2015 diteruskan dengan Majlis Perasmian Penutup Kokurikulum MTT 2015.

Pihak Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) mengucapkan jutaan terima kasih diatas kesudian Yang Berhormat Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk bersama-sama bagi merasmikan majlis #IhtifalMTT2015.

11012883_668307379971692_391807347726348324_n