Projek PT3 (Kursus Jenazah, Demo Sembelihan & Bubur Asyura)

Walaupun peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) telah selesai berlangsung, namun pelajar tingkatan tiga tetap terikat dengan beberapa program yang telah disusun bagi mengisi perjalanan sessi pengajian mereka bagi tahun 2015. Ia juga adalah sebagai nilai tambah untuk kegunaan mereka di masa yang akan datang.

11028367_708008529334910_238246263012672768_n

12187816_708008986001531_1009023357571065615_n

Salah satu program yang diadakan adalah Kursus Pengurusan Jenazah yang telah berlangsung pada 20 Oktober 2015 bagi pelajar muslimin dan 26 Oktober 2015 pula slot yang dijadualkan bagi pelajar muslimat. Program tersebut telah berlangsung di Dewan Seminar Masjid Jamek Tok Jiring. Alhamdulillah, respon daripada pelajar amat baik dan ia sememangnya menjadi hasrat kami untuk melahirkan pelajar yang mampu berbakti kepada kedua ibu bapa, keluarga dan masyarakat.

12188968_709558355846594_9158751601743164404_n

12190109_709558519179911_5780953627230323434_n

Pada 26 Oktober 2015 juga, pelajar muslimin telah terlibat dalam Demonstrasi dan Kursus Amali Sembelihan. Mereka telah diajar cara dan teknik sembelihan ayam yang betul dan diberi peluang untuk mencuba cara sembelihan ayam sambil dipantau oleh Ustaz Mohd Shaiful Ambia bin Darusa. Beberapa ekor ayam telah disembelih dan Alhamdulillah, rata-rata pelajar  mampu menguasasi teknik dan cara sembelihan yang betul. Ayam yang telah disembelih itu seterusnya disimpan didalam peti sejuk beku untuk program memasak dan mengagihkan bubur asyura pada keesokan harinya, 27 Oktober 2015.

12193647_709558715846558_5124728186899721993_n

InsyaAllah, semoga program-program yang dijalankan ini mampu mendidik dan menambah ilmu pengetahuan dalam diri pelajar sebagai nilai tambah dalam menghadapi hari-hari yang mendatang.